Sebagai pelabur, selalunya ada dua 2 soalan:
- Nak mula melabur kat mana?
- Macam mana nak buat?
Nota ini cuba untuk menjawab dua soalan tersebut.
Jadi saya mulakan dengan peluang-peluang pelaburan yang ada di di Malaysia. Senarai ini tidak lengkap dan akan ditambah dari masa ke masa.
(1) Fixed Deposit Bank
Fixed deposit (FD) atau akaun simpanan tetap ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan.
Secara mudahnya, kita kena simpan dalam FD untuk satu tempoh masa. Paling sekejap sebulan. Paling lama 5 tahun. Perbankan Islam pun ada tawarkan produk FD yang patuh Shariah.
Kadar keuntungan FD bergantung bergantung kepada polisi kewangan (monetary policy) semasa. Sebelum pandemik Covid 19, kadarnya ialah 3-4%. Selepas pandemik berlaku kadarnya menjadi 1-2%.
Seandainya ada FD yang menawarkan keuntungan 3% dengan FD, itu ialah keutungan setahun. Kena bahagi 365 hari. Bukannya letak FD untuk tempoh 6 bulan lepas dapat 3 peratus.
(2) Money Market
Money market adalah pula ditawarkan oleh institusi pelaburan. Sebagai pelabur runcit, kita letak duit dalam money market melalui unit trust. Money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:
- Commodity murabahah (tawarruq)
- Mudarabah Investment Account
- Wakalah Investment
- al-Mudarabah Interbank Investment
- Government Investment Issue
- Cagamas Mudarabah Bonds
- Islamic Accepted Bills
Money market dan FD menawarkan risiko dan pulangan yang hampir serupa.
(3) Bon & sukuk
Bagi pelabur yang mahu pendapatan yang tetap.
Baca: Pelaburan dalam bon & sukuk
(4) Saham (Ekuiti)
Bagi pelabur yang mahu mendapatkan lebih keuntungan dan sanggup mengambil lebih risiko.
Baca: Pelaburan saham
(5) Unit trust
Bagi individu yang tidak dapat menguruskan portfolio pelaburan saham dan bon & sukuk sendiri. Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah contoh unit trust.
Baca: Pelaburan unit trust
(6) Exchange Traded Fund (ETF)
Dimudahkan cerita ETF ialah “unit trust” yang didagangkan di Bursa Malaysia. Cara beli adalah sama dengan beli saham.
Baca: Pelaburan ETF
(7) Private Retirement Scheme (PRS)
PRS ialah satu skim pelaburan yang bersifat sukarela untuk jangka panjang. Ia direka khas untuk membantu individu atau majikan membuat simpanan untuk persaraan mereka. Sebenarnya PRS ini adalah tabung tambahan kepada caruman wajib KWSP. Konsep tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan dalam ni hanya boleh dikeluarkan bila capai umur 55 tahun.
(8) Hartanah
Beli rumah untuk disewa atau dijual semula. Sama ada beli terus dari developer, sub-sale atau lelong.
Baca: Pelaburan hartanah
(9) Emas
Lazimnya dalam bentuk barang kemas, dinar dirham, bar dan juga secara online.
Baca: Pelaburan emas
(10) Crude palm oil futures (FCPO)
Sesuai untuk pelabur yang super agressive. FCPO dapat menjadi alternatif untuk pedagang forex yang sudah sedar sesungguhya forex adalah tidak patuh Shariah.
Baca: FCPO alternatif untuk forex trading
(11) Crowdfunding / Peer to Peer (P2P)
Kita melabur atau beri pinjam / hutang kepada syarikat bersaiz kecil dan sederhana (SME). Masih baru di Malaysia. Nak banding dengan pasaran saham dan pasaran bon / sukuk, saiz dan projek syarikat yang terlibat adalah lebih kecil.
(12) Robo advisor
Melabur secara digital sepenuhnya.
Baca: Melabur dengan robo advisory
(13) Aset Digital
Pelaburan dalam matawang kripto.
Baca: Pelaburan dalam aset digital
Macam mana nak bermula?
Tuan puan mempunyai dua cara.
(i) Jadi pelabur do-it-yourself (DIY). Boleh mula baca nota-nota yang disediakan. Selepas itu menguruskannya sendiri secara online.
(ii) Dapatkan khidmat individu berlesen. Ada tied agent, ada independent financial planner. Lazimnya tied agent mendapat fee melalui komisyen, manakala bagi licensed financial planner pula melalui hourly fee atau retainer basis.