Pelaburan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

“Merah sangatlah Mak Ngah.”

Itulah dialog iklan Amanah Saham Nasional (ASN) yang masih diingati. Seterusnya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melabur. Selepas ASN, ASNB melancarkan pula Amanah Saham Bumiputera (ASB)/

ASB dilancarkan pada 2 Januari 1990 khusus untuk Bumiputera, selaras dengan nama tabung itu sendiri. Justeru, ASB adalah sangat sinonim dengan orang Melayu. Lebih-lebih generasi yang pernah hidup semasa pelancaran ASB.

Saban tahun pasti ramai yang menunggu pengumuman dividen ASB dan pulangan tahunannya menjadi perbualan hangat sehinggalah menjadi isu politiik.

Malah, pernah ada polemik yang besar tentang hukum pelaburan ASB itu sendiri. Ada sebahagian majlis fatwa tidak mengharuskan pelaburan ASB, ada sebahagian majlis fatwa negeri mengharuskan pelaburan ASB. Sehinggalah kepada pembentukan Panel Penasihat Syariah PNB.

ASB merupakan amanah saham yang berharga tetap. Hanya memberikan keuntungan agihan pendapatan.

ASB telah menjadi amanah saham dalam kategori aset campuran. Penanda aras yang digunakan ialah Kadar Deposit Tetap Maybank 12 bulan.

Berdasarkan laporan tahunan 2019 – 2021, antara 78 – 82% pelaburannya dibuat dalam pasaran saham. Selebihnya dilaburkan dalam pelaburan lain.

Pelaburan minima ialah sebanyak RM 10 dan akaun dapat dibuka di mana-mana pejabat ASNB, ejen-ejen ASNB seperti bank dan pejabat pos. Hanya pelaburan tunai dan tunai setara dibenarkan.

Pulangan purata 10 tahun pertama ASB ialah 8.95 + 3.53.

Berikut ialah pulangan 10 tahun terakhir ASB:

2021: 4.25 + 0.75
2020: 3.50 + 0.75 + 0.75
2019: 5.00 + 0.5
2018: 6.50 + 0.5
2017: 7.00 + 1.25
2016: 6.75 + 0.5
2015: 7.25 + 0.5
2014: 7.50 + 1.0
2013: 7.70 + 1.0
2012: 7.75 + 1.15

Pulangan purata 5 tahun ialah 5.25


Baca Nota Pakdi menerusi emel: