Alternatif Kepada Unit Trust

Untuk jangka masa panjang, pasaran saham atau ekuiti dapat memberikan lebih untung. Jadi apa pun perancangan pelaburan kita, pastikan ada pelaburan dalam ekuiti.

Nak jadi kaya dengan ekuiti ni ada beberapa cara. Cuma dalam nota ini saya nak cerita pasal Exchange Traded Fund (ETF).

ETF ialah “unit trust” yang dijual di Bursa Malaysia

Itulah bahasa mudahnya. Dan sudah tentu ada perbezaan dengan unit trust yang selalu kita dengar tu. Ada beberapa cara nak melabur di ETF.

Satu. Siapa yang dah ada akaun CDS dapat terus beli ETF. Sama je macam beli saham.

Dua. Saya sebagai licensed financial planner juga dapat membantu tuan puan yang nak melabur ETF, sama ada pelaburan tunai dan juga pelaburan ETF melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Kenapa ETF?

Bila saya semak pada Disember 2018, ada 664 unit trust funds, yang ada di Malaysia. 229 daripadanya patuh Shariah. Nak beli yang mana?

Unit trust ni banyak jenis. Ada banyak syarikat yang jual. Nak beli yang mana? Sudah tentu nak melabur unit trust ni pun kena study juga. Kena baca prospectus, product highlights sheet dan juga fund factsheet paling kurang.

Tapi masa baca tak faham pula. Ini contoh sebenar ayat dalam prospectus.

Investment Strategy

The Fund seeks to achieve its objective by investing in a portfolio of undervalued Shariah- compliant equities and equity-related securities with good*** growth potential.

The Fund is actively managed. However, the frequency of its trading activities will depend on market opportunities and the assessment of the fund manager.

Siapa faham ok, senang cerita nak buat keputusan. Yang tak faham?

ETF apa yang ada?

Sudah banyak ETF yang tersenarai di Bursa Malaysia.

ETF patuh Shariah pun ada dan banyak yang diuruskan oleh i-VCAP Management Sdn Bhd. Ini senarainya sehingga nota ini dikemaskini:

  1. MYETF DJ Islamic Malaysia Titans 25
  2. MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend
  3. MyETF MSCI SEA Islamic Dividend
  4. MyETF Thomson Reuters Asia Pacific ex-Japan Islamic Agribusiness
  5. MyETF Dow Jones U.S. Titans 50
  6. TradePlus Shariah Gold Tracker

Patut ke tak labur dalam ETF?

ETF ni bagus dan saya suka sebab menggunakan strategy – if you can’t be the market, be the market. Jadinya banyak benda tak perlu fikir.

Seterusnya kos pelaburan ETF ni lebih rendah. Jadi untuk jangka masa panjang, bila lebih jimat akan jadi lebih untung untuk pelabur.

Sekarang ni pun ada ETF yang beli saham-saham syarikat besar di pasaran saham Amerika. Ada juga ETF yang beli emas. Jadi pelabur sekarang dapat mempelbagaikan pelaburan dengan lebih mudah.

Walaupun saya suka, ETF bukan pelaburan yang sempurna. Jangan cari pelaburan perfect, tidak ada. Apa yang penting kita tahu cara pengurusan pelaburan ETF yang betul melalui satu perancangan pelaburan yang dibuat bersama licensed financial planner.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: