Membuat pelaburan unit trust

Unit trust adalah collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka supaya dapat dilaburkan dalam sesuatu portfolio pelaburan.

Objektif pelaburan unit trust itu ada yang agresif, bertujuan untuk mengembangkan modal. Ada juga objektif yang konservatif, bertujuan untuk mendapat agihan pendapatan. Maka, pelabur perlu memilih dana yang bersesuaian dan memadankan setiap dana itu dengan profil risiko dan keperluan masing-masing.

Selain itu, pelaburan unit trust juga membolehkan kita melabur di pasaran luar negara dengan modal yang lebih rendah. Sebagai pelabur Muslim, pilihan unit trust patuh Shariah juga telah banyak ada di pasaran.

Berikut ialah perkara yang sepatutnya dibuat semasa membuat pelaburan unit trust:

(1) Objektif pelaburan. Apakah matlamat kewangan yang nak dicapai? Seterusnya dapat menentukan dana apa yang kita patut beli.

(2) Modal pelaburan. Ada dua jenis modal. (1) Modal permulaan (2) modal tambahan. Modal yang kita ada membolehkan pengiraan dibuat sama ada objektif itu dapat dicapai atau tidak.

(3) Membuat asset allocation. Secara umumnya unit trust dapat dipecahkan kepada 3 jenis:

  • Money market
  • Pendapatan tetap (fixed income)
  • Ekuiti (saham)

Apakah yang dikatakan sebagai asset allocation? Begini.

  • x% dilaburkan dalam equity fund.
  • y% dilaburkan dalam fixed income fund.
  • z% dilaburkan dalam money market fund.

Asset allocation ini dibuat berdasarkan risk profile seseorang pelaburan. Ini contoh asset allocation bagi pelabur yang sanggup mengambil risiko yang sederhana.

Ini pula ialah asset allocation untuk pelabur yang agresif:

Asset allocation tidak terhad kepada 60:40 atau 90:10 sahaja. Namun sekurang-kurangnya panduan mudah ini dapat membantu pelabur membuat asset allocation sendiri dengan lebih baik.

(4) Menentukan required rate of return. Pelabur perlu melabur mengikut keperluan objektif pelaburannya. Keseimbangan yang wajar perlu dibuat berdasarkan financial situation dan risk profile seseorang pelabur.

(5) Memilih dana. Akhir sekali, barulah pelabur memilih dana-dana yang bersesuian. Lazimnya, pelabur menjadikan pemilihan dana sebagai first step, dan itu merupakan cara yang tidak betul.

Tuan puan dapat membuat sendiri 5 langkah yang dikongsikan di atas. Kemudian untuk pemilihan dana, dapat dibuat secara online sahaja.

Baca: Membuat pelaburan unit trust secara online.

Atau, tuan puan juga dapat mendapatkan perancang kewangan berlesen supaya satu polisi pelaburan dapat disediakan untuk diikuti sepanjang pelaburan dibuat.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: