Pelaburan hartanah

Bila sebut pasal pelaburan hartanah mesti ramai yang terbayang untuk pemilikan sejumlah rumah dan apartment. Sementara itu, tuan rumahnya goyang kaki menunggu hasil sewa sahaja setiap bulan.

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang popular. Tidak susah untuk menerangkan tentang pelaburan hartanah. Kita nampak apa yang kita beli. Boleh pegang. Senang nak tunjuk pada orang lain kita ada rumah.

Mahukah tuan tahu sebenarnya pelaburan hartanah tidak terhad kepada pelaburan hartanah fizikal sahaja?

(1) Hartanah untuk disewa

Salah satu punca saya kurang berminat dengan pelaburan hartanah untuk disewa disebabkan saya perlu menguruskan penyewa. Sekiranya tuan puan ok untuk menguruskannya maka tiada masalah. Sudah tentu sekarang ada pilihan untuk melantik property manager. Itu adalah pilihan masing-masing.

Apa yang penting, sewa yang dikenakan perlu lah lebih tinggi dari installment bank dan juga kos-kos lain yang mengiringi pemilikan hartanah seperti cukai dan kos pengurusan. Jika tidak, tuan rumah terpaksa menanggung kerugian.

(2) Hartanah untuk dijual semula

Sudah tentu ramai yang membeli hartanah pada hari ini dan menjualnya semula selepas 10 tahun dengan harga yang lebih tinggi. Ramai juga yang menjadi pelabur hartanah secara tidak sengaja dengan cara ini.

Semasa gaji masih kecil, rumah itu dibeli untuk diduduki. Harganya sesuai dengan gaji eksekutif muda. Selepas 10 tahun, pangkat sudah naik, gaji pun ikut naik maka sudah ada lebih banyak rumah yang lebih besar dapat dibeli. Maka rumah yang diduduki tadi pun dijual, dengan keuntungan.

Apa yang perlu diambil tahu ialah kadar real property gain tax (RPGT) yang sentiasa berubah dari masa ke masa.

(3) Flip hartanah

Membeli hartanah dan menjualnya semula dalam tempoh yang singkat. Lazimnya melibatkan (1) rumah sub-sale yang sudah uzur keadaannya dan (2) rumah lelong. Bagi (1) ini memerlukan kemahiran yang lain kerana melibatkan urusan membaiki rumah dan menjadikannya boleh diduduki semula. Manakala untuk rumah lelong sudah tentu kena membeli ruma pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

(a) Untung Ke Beli Rumah Sub-Sale
(b) Mudahnya Beli Rumah Lelong

(4) Real estate investment trust (REIT)

Bagi kebanyakan pelabur hartanah individu, tumpuan utama portfolio hartanah mereka melibatkan residential properties. Dengan REIT, pelabur individu boleh mempunyai pendedahan dalam hartanah komersil dengan modal yang rendah.

Cara membeli REIT adalah sama dengan membeli saham. Pelabur perlu membuka akaun dagangan dan CDS. Nota lanjut tentang REIT dapat dibaca di sini – REIT: Cara Beli Hartanah Tak Guna Slip Gaji

(5) Saham syarikat dalam sektor hartanah

Memandangkan sudah ada akaun CDS untuk beli REIT, maka boleh juga beli syarikat-syarikat hartanah yang sahamnya dijual di Bursa Malaysia.

Merujuk kepada Bursa Malaysia Property Index di atas, kita akan dapati saham-saham berkaitan hartanah akan turun dan naik mengikut sentimen yang berlaku dalam pasaran hartanah Malaysia. Property bull run berlaku dari 2010 – 2015. Ramai pelabur hartanah, termasuk pelabur hartanah baru buat duit dengan mudah pada waktu ini. Dan saham-saham berkaitan hartanah pun turut sama naik.

Perlu diingatkan, saham-saham dalam sektor ini bersifat cyclical.

(6) Unit trust kategori hartanah

Sekiranya REIT, dan saham sektor hartanah perlu kepada akaun CDS, untuk unit trust yang melabur dalam hartanah dapat dibeli melalui mana-mana platform online. Kelebihan utama yang ketara ialah unit trust hartanah dapat beri pelabur pendedahan kepada hartanah pasaran luar negara.

Baca: Beli unit trust secara online.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: