Pelaburan saham di Bursa Malaysia

Melabur saham ni mudah aje. Hari Isnin nanti, kalau tak naik, jatuh. Kalau tak jatuh, naik. Itu je. Apa yang kita nak pening-pening sangat? Hehe.

(Ok kembali serius)

Membeli saham bermaksud membeli pemilikan dalam perniagaan. Bila kita berniaga, kita mahu mendapatkan keuntungan. Dari keuntungan maka pemegang saham berpeluang mendapat dividen. Selain dividen, apabila harga saham naik maka pemegang saham dapat menjual saham-saham mereka seterusnya mendapat keuntungan capital gain.

Bila sebut pasal pelaburan saham, ramai yang cuma berpendapat saham ni short term untuk buat duit cepat. Senang cerita nak dapat income setiap bulan dari saham. Namun, adalah lebih wajar menjadikan pelaburan saham ini sebagai kenderaan kekayaan jangka masa panjang.

Sebagai pelabur saham, inilah perkara-perkara yang perlu diketahui.

(1) Harga saham pasti jatuh. Untuk jangka masa pendek, pergerakan harga tidak dapat dijangka.

(2) Melabur dengan long term view. Untuk jangka masa panjang, harga saham menuju atau kembali ke nilai perniagaan.

(3) Buat analisa sendiri. Jangan cari tips saham dan berharap buy call orang lain.

(4) Memilih strategi pelaburan saham. Ada banyak strategi yang dapat dipilih. Antaranya seperti:

  • Value investing
  • Index
  • Sectoral
  • Special situation
  • Momentum
  • Bluechip
  • Medium to small cap
  • Dividend

(5) Tidak ada strategi kalis rugi. Semua strategi pasti merasa kerugian. Berhenti mencari strategi yang sempurna.

(6) Spread the risk. Jangan sekadar beli satu, dua saham sahaja.

(7) Fokus. Tetapi tidaklah pula terlalu banyak sampai tak menang tangan nak monitor.

(8) Beli ketika orang takut. Be greedy when others are fearful.

(9) Jual ketika orang tamak. Be fearful when others are greedy.

(10) Disiplin. Kalau rasa menyimpan tu dah susah, nak tetap pendirian semasa melabur itu adalah lebih susah.

Saham ni memang ada turun naiknya. Masa jatuh menakutkan. Masa naik pun terasa gayatnya. Maka kita mesti tahu cara urus emosi supaya dapat buat keputusan yang rasional. Bila pelabur tak dapat berfikir dengan rasional, banyak keputusan bodoh yang dibuat.

Portfolio saham diurus macam seorang pekebun buah supaya dapat hasil yang berterusan. Bukan sekali tanam, dapat merasa buah sekali dua dan kebun itu terbiar begitu sahaja. Dan biasalah, tak semua pokok dalam kebun itu menjadi.

Belajarlah urus portfolio pelaburan secara bersistematik. Supaya kebun saham itu terus menghasilkan lebih banyak buah yang elok dari yang tidak elok dan menghasilkan pendapatan yang sustainable untuk pada masa hadapan.


Seterusnya, baca:

Dapatkan terus Nota Pakdi di emel: