FCPO; Alternatif Untuk Forex Trading

“Pakdi, forex haram kan, jadi apa alternatif yang ada?”

Jawapan pendeknya ialah sila trade crude palm oil futures (FCPO).

Jadi sekiranya tuan mahukan alternatif pelaburan forex di internet, trade lah FCPO. Shariah compliant. Kemahiran trade dalam forex, dapat digunakan untuk trade FCPO.

(1) FCPO merujuk kepada pasaran hadapan (futures) minyak kelapa sawit mentah (crude palm oil). Produk derivatif berasaskan komoditi di Bursa Malaysia.

>> Beli ebook ‘Berani Trade FCPO’

(2) Derivatif ialah pasaran hadapan. Pasaran hadapan ni adalah pasaran “hutang”. Sebab kita tidak beli CPO itu secara tunai. Kalau beli tunai, sama macam kita beli minyak masak dekat pasar raya. Setiap kali beli FCPO mana ada lori datang hantar minyak di rumah melainkan …

Pasaran tunai CPO adalah macam pekebun kecil yang kutip buah di kebun kemudian hantar buah ke tempat kutip buah sebelum dihantar ke kilang.

Yang main forex itu sebenarnya dah terlibat dalam derivatif. Cuma derivatif yang tak Shariah compliant.

Semua produk derivatif ada pasaran tunai, yang rata-rata tak ada isu Shariah. Yang kita dok tukar duit dengan money changer bila nak ke luar negara tu, itulah pasaran tunai forex.

(3) Akaun yang diperlukan ialah akaun dagangan derivatif iaitu margin account yang berbeza dengan akaun jual beli saham, melalui syarikat futures broker yang berlesen.

(4) Modal adalah bergantung kepada margin yang ditetapkan. Jumlah berbeza-beza mengikut keadaan pasaran.

Misalnya, daily margin RM 5,000, maka sekurang-kurangnya RM 5,500 (buffer RM 500) diperlukan untuk beli 1 kontrak. Jadi, jika mahu beli 2 kontrak, perlu  ada RM 11,000. Kos brokerage dan lainnya juga ada.

Perlu kekalkan duit dalam akaun paling sedikit, mengikut jumlah (maintenance margin) yang ditetapkan. Jika kita rugi dan modal jatuh di bawah keperluan margin, maka akan kena margin call.

(5) Pergerakan harga satu tick untung / (rugi) ialah RM 25. 1 kontrak bersamaan 25 tan metrik saham. Sebab itu turun naik 1 tick, untung ruginya adalah RM 25.

Andaikan satu 1 tan metrik berharga RM 2,500. Untuk membeli 25 tan metrik, maka perlu bayar RM 62,500. Tapi dengan pasaran hadapan cuma perlu memenuhi margin sebanyak RM 5,000 sahaja. Yang mana full settlement RM 62,500 itu perlu dibuat pada T+90 misalnya.

Sebab itu pasaran hadapan adalah sejenis pasaran hutang / pasaran bertangguh.

(6) FCPO adalah 2 ways market. Nak long boleh, nak short pun boleh. Ada potensi buat untung (rugi) masa pasaran naik mahupun menurun. Keuntungan yang diperoleh adalah melalui speculative gain sahaja. Siapa pandai boleh buat teknik arbitrage. Boleh dilakukan. Keperluan margin pun adalah lebih rendah.

(7) FCPO adalah Shariah compliant. Mencari yang halal itu adalah kewajipan.

>> Beli ebook ‘Berani Trade FCPO’


Baca Nota Pakdi menerusi emel: