The Rise of Retail Investors

PKP mendorong pelabur baru masuk ke pasaran

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, rakyat Malaysia mempunyai hobi baru iaitu beli saham. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini ialah (1) ramai yang work from home (2) lebihan duit tunai melalui moratorium (3) pasaran saham Malaysia yang memang sudah sedia lembab sebelum berlaku pandemik Covid19 lagi.

Ketika nota ini ditulis, melainkan Perlis, Kelantan dan Pahang, semua negeri lain sedang menjalani PKP Bersyarat (PKPB) untuk memutuskan rantaian gelombang ketiga. Dan pasaran saham menerusi benchmark KLCI kembali melantun.

Jadi, sekiranya kalian baru sahaja membuka akaun tidak sampai satu tahun, maka kalian tidak berseorangan. Ramai lagi yang baru membuka akaun atau kembali aktif dalam pasaran saham. Justeru, yang paling penting ialah kalian faham apa itu pasaran saham. Sila teruskan membaca.

Apa Itu Saham?

Saham bukan sekadar nombor. Tugas seorang pelabur saham bukan meneka sama ada esok harga saham itu naik atau turun. Ini kerana saham ialah ekuiti; pemilikan dalam sesebuah syarikat. Ya, apabila kita beli saham di Bursa Malaysia bermaksud kita memiliki sebahagian kecil pemilikan dalam sesebuah syarikat yang tersenarai.

Kita dapat membeli saham Nestle, dengan jumlah minimum pembelian sebanyak 100 unit yang bersamaan dengan satu lot saham. Betul, 1 lot saham itu adalah sangat kecil. Tapi jika kita memiliki saham sebanyak itu maka maksudnya kita tetap menjadi salah seorang pemilik dalam syarikat tersebut.

Kita dapat melabur dengan lebih baik jika kita mula melihat saham sebagai pemilikan dalam sesebuah bisnes.

Apa itu Pasaran Saham?

Stock market.
Stock exchange.
Bursa saham.

Semua itu adalah sebutan lain bagi pasaran saham. Tempat jual beli saham. Pasar. Bursa. Dan di Malaysia kita cuma ada satu iaitu Bursa Malaysia. Dulu dikenali sebagai BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kena ada akaun…

Untuk masuk ke dalam pasar ni, kita tak boleh terus masuk macam tu sahaja. Ada orang tengah yang dikenali sebagai syarikat broker. Kita perlu buka akaun dahulu dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen terlebih dahulu. Selepas itu baru lah boleh jual dan beli saham.

Atas dunia ni ada banyak pasaran saham. Di Amerika Syarikat, ada New York Stock Exchange (NYSE), National Association for Securities Dealers Automated Quotations (NASDAQ), Di tempat lain pula, London Stock Exchange (LSE), Frankfurt Stock Exchange, Korea Exchange, Tokyo Stock Exchange, Singapore Exchange dan seterusnya.

Kalian dapat bayangkan juga, nak beli makanan menerusi Food Panda atau nak naik Grab. Kan kena buka akaun dulu baru boleh order. Macam itu juga lah konsepnya.

Tiada akaun dagangan saham, maka tak dapat beli apa-apa.

Kenapa Syarikat Jual Saham?

Ok. Kita tak beli saham dari syarikat yang jual saham mereka. Kita lazimnya beli saham dari pemegang saham syarikat yang lain. Contohnya, Abu ada saham Sime Darby. Kemudian, Abu nak jual. Dan Ali berminat nak beli saham tersebut. Jadi sebenarnya, Ali beli saham dari Abu.

Ya, ini contoh yang sangat simplified. Ini kerana proses jual beli itu diuruskan oleh Bursa Malaysia. Dan prosesnya lebih komplikated. Dan kita tak tahu pun siapa yang jual atau yang beli sesuatu saham tu.

Ini disebut pasaran sekunder (secondary market).

Syarikat menjual saham mereka melalui tawaran awam permulaan yang juga dikenali sebagai IPO – initial public offering. IPO ialah pasaran utama (primary market). Dan pasaran saham merupakan sebahagian dari pasaran modal.

Maka, apabila disebut pasaran modal ini bermaksud syarikat tersebut mahu mendapatkan modal (raising capital) untuk tujuan-tujuan tertentu. Jadi, mereka memperoleh modal dengan menjual saham kepada pelabur di peringkat IPO itu tadi.

Selepas proses IPO, barulah syarikat tadi tersenarai di bursa seterusnya membolehkan kita beli saham mereka. Dari syarikat Sendirian Berhad dah berubah menjadi syarikat Berhad.

Syarikat jual saham / ekuiti mereka sebab tidak mahu mendapatkan modal dengan cara berhutang, sama ada melalui debt capital market atau bank komersil. Maka dengan cara itu, dapatlah orang biasa macam kita berkongsi kekayaan dengan mereka yang lebih pandai berniaga.

Macam Mana Boleh Untung Beli Saham?

Kita boleh untung dengan dua (2) cara. Dan kita boleh rugi dengan satu (1) cara. Tak boleh la cerita untung sahaja tapi tak nak dengar pasal rugi.

Jadi cerita pasal untung dulu. Untung dalam saham diperoleh melalui (1) dividen (2) kenaikan harga (capital gain).

1. Dividen

Dividen ni diperoleh dari keuntungan operasi bisnes syarikat. Lepas tolak semua kos berkaitan, masih ada duit lebih. Maka syarikat pun buat keputusan supaya dividen diagihkan kepada para pemegang saham.

Untung dividen macam ni kita boleh bandingkan secara terus dengan untung agihan pendapatan ASB, Tabung Haji dan juga KWSP. Dan dalam saham, dividen itu boleh diagihkan 2 kali setahun, atau sehingga 4 kali setahun bergantung kepada polisi syarikat.

Dividen ni mudah nak faham sebab duit tu masuk terus dalam poket kita. Kita boleh guna untuk berbelanja, atau laburkan semula. Tapi kena ingat, bukan semua syarikat ada buat untung. Dan ada juga syarikat walaupun buat untung tak declare dividen.

2. Capital Gain

Ini yang ramai kejar. Beli 50 sen, jual 1 ringgit. Untung 100%. Jadi bila orang sebut buat untung besar dalam saham, lazimnya merujuk kepada untung jenis ini.

Jadi sebagai pelabur, kita perlu tahu saham yang berpotensi untuk untung besar dan saham mana yang kurang berpotensi atau langsung tidak mempunyai potensi untung sebegitu.

Ada saham dapat capai potensi keuntungan dengan lebih cepat manakala saham yang lain pula ada yang lebih stabil. Maka kena faham apa itu medium to small cap, blue chip, index constituents dan seterusnya. Ada juga yang sebut sebagai growth vs non-growth.

Tapi…

Beli saham untuk tujuan dividen adalah jauh lebih senang dari beli saham untuk tujuan capital gain. Sebab bila tersalah beli saham maka itulah yang dinamakan sebagai permanent capital loss.

Rugi Capital Loss

Sebagai pelabur, apa yang kita perlu elakkan ialah permanent capital loss. Ini dapat berlaku apabila kita beli saham yang salah. Walau bagaimana pun, unrealised loss atau temporary capital loss pasti berlaku. Ini disebabkan sifat pasaran saham itu yang volatile.

Pelabur sepatutnya fokus untuk beli saham yang betul, pada harga yang terbaik dan bukannya pada turun naik harga saham. Jadi, kalau berlaku kejatuhan harga sementara pun kita masih boleh tidur malam.

Bila kita tak berapa faham antara permanent capital loss vs temporary / unrealised loss, itu yang menyebabkan wujud fenomena… asal jual / cut loss je harga naik semula.

Adakah Saya Patut Melabur Dalam Saham?

Ya, kita patut melabur dalam saham. Lebih-lebih lagi bila kita berada dalam low interest rate environment seperti hari ini. Apa yang membezakan ialah sama ada:

  1. Melabur secara aktif, atau,
  2. Melabur secara pasif

Dan juga:

  1. Nak urus sendiri, atau,
  2. Perlu kepada bantuan profesional seperti melabur melalui managed account atau jika bermodal rendah, melalui unit trust.

Pergi Kelas Saham

Hari ini kelas saham tumbuh bak cendawan. Sekiranya, tuan puan masih belum ada akaun, maka pembelajaran saham yang pertama sebaiknya adalah dengan pihak syarikat broker atau remisier yang menjaga akaun kita. Selalunya kelas jenis ini adalah percuma. Kalau ada caj pun adalah minima. Nak belajar buka akaun tak perlu bayar mahal. Selepas hadir ke kelas ni, maka kita pun tahu cara nak mula berjual beli.

Kelas jenis kedua ialah kelas yang mengajar strategi-strategi pelaburan saham. Ada banyak strategi pelaburan saham. Ada yang bersifat jangka masa pendek. Ada yang bersifat jangka masa panjang. Ada yang melihat carta saham. Ada yang melihat kekuatan kewangan syarikat. Dan seterusnya.

Strategi apa yang bagus?

Pelabur baru sering terperangkap dengan tangkap layar keuntungan yang dipaparkan. Seterusnya, terlupa setiap potensi keuntungan datang bersama potensi rugi.

Dari mencari-cari strategi yang confirm untung, adalah lebih baik fokus kepada strategi yang sesuai dengan diri kita. Sebahagian dari kita tidak ada masa nak buka trading platform setiap hari. Sebahagian dari kita lebih mudah faham perakaunan syarikat. Sebahagian yang lain pula lebih baik beli saham setahun sekali. Dan mencari apa yang sesuai dengan diri kita ini bukan perjalanan yang pendek, kalian mungkin terpaksa menghabiskan banyak duit untuk perkara ini.

Nak beli saham tak susah. Apa yang susah ialah membuat keuntungan yang konsisten. Sama macam orang berniaga. Nak mula berniaga tu tidak lah susah mana. Tapi bila dah mula berniaga baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Dan bukan semua orang ditakdirkan untuk berniaga sampai jadi jutawan walaupun dah hadir banyak kursus keusahawanan…

Berminat nak
mula melabur?

Salam, saya Pakdi. Saya berhasrat jadikan pelabur biasa menjadi informed investor. Soalannya, adakah anda berminat menjadi salah seorangnya?





Buat Carian