Takde masa nak urus pelaburan sendiri? Buka akaun mandat persendirian

Lazimnya, jika tak ada masa nak urus portfolio pelaburan kita serahkan urusan tersebut kepada ejen unit trust. Tapi itu bukan satu-satunya cara yang ada. Cara lain yang ada ialah buka akaun mandat persendirian (private mandate) menerusi mana-mana asset management companies. #AlternatifUnitTrust

Akaun mandat persendirian ini sesuai untuk individu yang dah ada basic savings dan investable asset sekurang-kurangnya 6 angka. Petunjuk mudah yang lain ialah akaun ASB dah pun penuh i.e. RM 200 ribu.

Melalui akaun ini, pelabur dapat memilih untuk membuat pelaburan sama ada menerusi mandat discretionary atau advisory. Yang menguruskan akaun ini bukanlah ejen unit trust, sebaliknya individu berlesen seperti fund manager dan financial planner.

Oleh kerana pelabur tidak ada masa nak buat kajian dan urus pelaburan sendiri seperti yang telah diceritakan dalam nota – Individu yang ada masa buat kajian saham sendiri – buka akaun CDS, maka sudah tentu ada caj-caj tertentu yang dikenakan. Kosnya tidak lah serendah buka akaun CDS, antara fee yang ada ialah:

  • Injection capital fee. Bila buka akaun.
  • Annual management fee. Berdasarkan asset under management (AUM).
  • Withdrawal charges. Sekiranya tutup akaun / keluarkan modal dalam tempoh kurang dari 12 bulan.
  • Custodian charges. Antaranya transaction / brokerage fee. Caj ini dibayar kepada custodian i.e. trustee.
  • Performance fee. Sekiranya return melebihi benchmark yang ditetapkan.

Ini ialah direct cost yang perlu dibayar kalau tak ada masa nak urus pelaburan sendiri. Jadi, tak perlu lah habiskan masa pergi ke kelas, baca buku dan trial & error sendiri (yang sebenarnya habiskan banyak kos juga).

Apabila kita melabur menerusi mandat persendirian, maka …

Satu asset management companies atau individu profesional ini berada in the same shoes dengan klien sebab mereka fokus untuk grow client’s assets dan bukannya fokus menjual produk untuk komisyen.

Dua ini menjadikan hubungan dengan klien ialah bersifat advisory / discretionary dan bukannya transactional. Dalam erti kata lain, jika asset management companies (buy side) beli sesuatu saham atau mengeluarkan buy recommendation, maka itu disebabkan mereka sendiri membeli untuk para klien mereka. Tujuan satu, supaya akaun klien nilainya berkembang i.e. menguntungkan.

Berbeza dengan sell side professional yang bersifat transactional, yang mana setiap jual beli dapat menghasilkan komisyen untuk mereka. Ini ialah basic disclosure yang perlu diketahui.

Tiga oleh sebab itu klien yang buka advisory account dapat follow buy recommendation dengan lebih yakin. Saham yang dicadangkan itu tidak menjamin confirm untung, tetapi disebabkan kedudukan asset management company ini selari dengan kepentingan klien, maka research itu lebih diyakini.

Empat seterusnya apabila tidak menerima apa-apa komisyen apabila membuat buy recommendation, maka gaya pelaburan adalah lebih bersifat medium to long term dan bukannya short term. Musuh utama short term trading ialah transactional cost i.e. brokerage fee dll.

Gaya pelaburan long term dapat menjimatkan banyak transactional cost kerana bukannya beli saham hari-hari. Cuma klien kena bersedia untuk melihat unrealised loss untuk jangka masa pendek.

Lima pelabur dapat memilih mandat yang bersesuaian dengan risiko dan keperluan kewangan mereka. Customized. Antara mandat yang dapat dipilih ialah

  • Saham-saham jenis medium to small cap.
  • Fokus saham blue chip
  • Saham yang berasaskan dividend
  • Exchange traded fund
  • Unit trust
  • Dan pelbagai lagi.

Enam pelabur juga dapat bertanyakan terus apa-apa persoalan yang berkaitan pelaburan yang dibuat kepada pengurus dana yang menjaga akaun kita misalnya. Kenapa beli saham Petronas Chemical Berhad tapi tak beli saham Felda Global Ventures? Soalan seperti ini kita tak boleh tanya dalam unit trust.

Tujuh apa-apa yang berlaku dalam akaun adalah telus. Platform online yang disediakan memaparkan semua aktiviti pelaburan yang berlaku.

  • Berapakah fee yang telah dibayar?
  • Berapakah dividen yang telah diterima?
  • Macam mana prestasi semasa portfolio?
  • Senarai semua pelaburan yang telah dibeli, dijual dan masih dipegang.
  • Research report
  • Dan pelbagai lagi

Macam Mana Nak Bermula?

Antara kerja saya ialah membaca research report yang disediakan oleh pihak asset management company. Apa yang klien kami dapat ialah ringkasan dari beratus-ratus research report yang ada. Pelaburan yang bagus, kami beritahu. Seterusnya klien dapat membuat informed decision dengan lebih cepat.

Sekiranya kalian dapat buat research sendiri, atau, don’t bother nak ambil tahu pun pasal laporan itu ini maka sila berhenti membaca di sini. Pasukan saya tidak ada apa-apa yang dapat ditawarkan. Tiada added value yang dapat diberikan.

Tetapi bagi kalian yang nak lebih control, nak buat lebih informed decision dari summarized report seperti dari pihak saya, maka sila tonton video penerangan lanjut berdurasi 8 minit berikut:

Tonton Video 8 Minit Dan Tempah Sesi Temujanji 25 Minit Percuma