Norma Baharu Pelaburan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020:

Indeks utama saham, FBM KLCI mencatat kenaikan 26%, manakala indeks saham Shariah pula iaitu FBM Emas Shariah pula mencatat kenaikan 47%

Kadar Dasar Semalaman atau lebih dikenali sebagai Overnight Policy Rate (OPR) telah turun sebanyak 0.75% menjadi 1.75% sahaja. Seterusnya menyaksikan kadar Phillip Islamic Money Market turun sebanyak 0.3% menjadi 2.30% dan kadar fixed deposit di Maybank juga hanya 1.85% sahaja untuk tempoh 12 bulan.

Seterusnya Sukuk Prihatin telah dilancarkan dengan kadar kupon 2% setahun dengan tempoh matang 2 tahun. Ini dapat kita bandingan dengan trading yield Malaysia Government Securities / Government Investment Issue yang kini pada kadar antara 1.8% (3 tahun) – 2.5% (10 tahun).

Manakala emas, menerusi Trade Plus Shariah Gold ETF Emas pula menyaksikan kenaikan 18% sejak PKP dan untuk tempoh 12 bulan lepas, ia sudah pun naik sebanyak 25%.

Pandemik Covid-19 telah merubah banyak lanskap kehidupan. Kita sekarang hidup dalam norma baharu, selagi tiada penawar / vaksin. Termasuklah dalam menguruskan portfolio pelaburan yang kita ada.

Berdasarkan prestasi jenis aset yang dikongsikan di atas, kumpulan yang paling terasa impaknya adalah golongan pesara yang mengharapkan aliran tunai yang stabil dari pelaburan fixed income. Sekiranya berlaku penurunan kadar OPR sekali lagi maka mengharapkan kadar pulangan 3% itu pun sudah cukup tinggi.

Sebelum ini, kiraan untung mudah yang sering diguna pakai bagi mengira sejauh mana simpanan persaraan mencukupi ialah dengan menggunakan kadar untung 4% setahun, melalui instrumen fixed income.

Ini bermaksud, jika seseorang individu itu memerlukan RM 40,000 setahun untuk kehidupan sewaktu persaraan, jumlah simpanan yang diperlukan ialah sebanyak RM 1 juta ringgit. 40 ribu ringgit ini bersamaan dengan pendapatan kira-kira RM 3,333.33 sebulan.

Namun jika pulangan dari aset-aset fixed income semakin rendah, maka kebarangkalian untuk mendapat kurang dari RM 30,000 setahun adalah tinggi. Padar kadar pulangan 2.5% setahun, maka dengan jumlah tabung persaraan yang sama iaitu RM 1 juta, pendapatan tahunan ialah RM 25,000 sahaja seterusnya menyamai pendapatan bulanan sebanyak RM 2,083 sahaja. Perbezaan hampir 40%.

Bagi orang muda, impaknya masih dapat diuruskan dengan membuat perubahan sepatutnya. Kumpulan ini masih mempunyai pendapatan, masih mempunyai banyak kudrat untuk mencari pendapatan tambahan dan profil risiko orang mudah selalunya lebih agresif. Justeru, melabur dalam pasaran ekuiti / saham adalah satu ‘norma baharu’ yang telah diterima pakai sejak PKP.

Namun, membuat pelaburan saham bukanlah satu perkara yang mudah bagi golongan sudah memasuki alam persaraan. Namun, jika kadar pulangan fixed income terus rendah, maka pilihan tersebut perlu dibuat dengan lebih berhati-hati.

Pada kadar pulangan kurang dari 3% ini juga secara automatik menjadikan pasaran saham kelihatan ‘murah’ dari sebelumnya. Sebenarnya ‘technical bull run’ yang berlaku dalam pasaran saham ini bukanlah perkara yang luar biasa disebabkan menyimpan tunai dan fixed income sudah tidak lagi kelihatan menarik.

Tambahan lagi, kalau dulu orang kata emas tak bagi aliran tunai, sekarang simpan tunai pun kita tak dapat untung banyak. Trade-off nya sudah tidak lagi besar berbanding dulu.

Berminat nak
mula melabur?

Salam, saya Pakdi. Saya berhasrat jadikan pelabur biasa menjadi informed investor. Soalannya, adakah anda berminat menjadi salah seorangnya?





Buat Carian