Individu yang ada masa buat kajian saham sendiri – buka akaun CDS

Nak beli saham sendiri, bukan macam beli gula, garam dan telur. Ada akaun khas yang perlu dibuka. Akaun itu dikenali sebagai akaun CDS. Dan kita boleh membukanya melalui mana-mana syarikat broker saham.

Menurut Bursa Malaysia:

CDS adalah singkatan untuk Central Depository System (Sistem Depositori Pusat). Sistem Depositori Pusat adalah satu sistem yang dimiliki penuh dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn Bhd), sebuah anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad.

Pelabur yang mahu berdagang dalam sekuriti yang disenaraikan Bursa Malaysia mesti membuka akaun CDS dengan Agen Depositori Bertauliah (ADA), i.e. syarikat broker saham. Sekuriti yang dibeli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS yang telah dibuka oleh pelabur. Begitu juga sekuriti yang dijual akan didebitkan daripada akaun CDS.

Pelabur boleh menggunakan Sistem Depositori Pusat untuk memindahkan sekuriti daripada satu akaun CDS kepada satu akaun CDS yang lain, asalkan pemindahan tersebut berasaskan sebab yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Lain-lain transaksi yang boleh dilakukan oleh pendeposit menerusi Sistem Depositori Pusat adalah mendaftarkan maklumat akaun bank, mengemaskini butiran akaun, mengaktifkan semula akaun CDS, mendeposit sijil saham, mengeluarkan saham syarikat yang telah dinyahsenarai dan menutup akaun CDS.

Sila rujuk nota (klik dan baca): Cara buka akaun pelaburan saham untuk mengetahui cara buka akaun CDS dan trading account.

Berikut ialah apa yang kita kena buat lepas dah selesai buka akaun:

Satu masukkan modal. Sah–sah la kena ada. Kalau tak macam mana nak mula beli saham tu.

Dua kena tau saham apa nak beli. Orang sebut watchlist saham. Dekat Bursa Malaysia ni kita ada lebih dari 900 syarikat public listed yang kita boleh beli saham dia. Syarikat-syarikat ni terdiri dari pelbagai sektor.

Tiga macam mana nak ada watchlist tu? Di sini lah yang menentukan sama ada kita ni investor, trader atau gambler.

Bagi seorang investor, dia tengok aspek bisnes saham public listed tu. Seorang trader, dia tengok kepada pergerakan harga saham. Gambler pula dia ikut orang tanpa ada apa-apa pengetahuan investor mahu pun trader.

Empat Dari lebih 900 saham tu, dapatlah buat watchlist yang terdiri dari 30 syarikat. Dan soalan seterusnya pun muncul, takkan nak beli semua 30 syarikat tu? Modal bukannya besar sangat pun. Maka di sini kena tahu macam mana nak design sesuatu portfolio pelaburan. Saham jenis apa kena beli, sektor yang mana, berapa banyak saham kena beli sekaligus.

Lima lepas dah beli ikut perancangan pelaburan, maka pengurusan portfolio adalah bergantung kepada kita pelabur yang macam mana.

Bagi investor, dia ni jenis buy and hold. Harga jatuh pun boleh rileks, bukan nak jual dalam masa seminggu dua pun. Manakala bagi trader pula, bergantung lah kepada time frame trading tu. Ada yang very short term i.e. intraday / contra. Ada yang nak simpan seminggu dua. Yang paling gelabah sudah tentu gambler. Harga dah naik, untung, tak tahu nak buat apa. Harga jatuh, lagi lah dia panik.

Enam kita kena faham ada saham (bukan semua) yang ada bagi dividen. Jadi, maka ambil tahu bila tarikh yang melayakkan kita dapat dividen (ex-date) dan bila tarikh dividen tu dapat. Serta banyak dividen sesaham yang seseorang pelabur tu boleh dapat.

Tujuh bila nak jual sesuatu saham? Ini pun kita kena tahu faktor-faktor yang menyebabkan kita jual sesuatu saham. Dan bergantung kepada kita ni investor, trader atau gambler.

Secara umumnya bagi investor, dia jual sebab dia rasa saham tu dah overvalued atau ada syarikat lain yang lebih baik dari saham yang dia pegang sekarang. Trader pula, mungkin sebab kena cut loss atau dah carta saham dah tunjuk kena take profit. Gambler? Sekali lagi, dia blur. Apa pun tak tahu.

Lapan lepas dah jual proses ni kembali balik kepada perkara perkara dua. Untung yang dah ada ni nak reinvest? Kalau semua untung buat makan, bila pula akaun nak grow? Situasi rugi pula nak macam mana. Kena top up atau restructure balik portfolio, dan seterusnya.
.

Banyak tak kerja nak beli saham ni? Jadi, jangan fikir boleh goyang-goyang kaki sahaja dan untung datang tergolek.

Sekarang kalian dah tahu perkara-perkara yang perlu dibuat oleh mereka yang dah akaun CDS sendiri. Semua benda kita kena urus sendiri-sendiri. Kalau memang ok nak buat perkara tu semua, jalan terus!


Baca Nota Pakdi menerusi emel: