Berani melabur baik ketika pasaran naik mahupun menurun

Melabur ada risiko. Tidak melabur pun ada risiko.

Risiko yang sering digambarkan dalam dunia pelaburan ialah tentang market risk semata-mata. Iaitu kejatuhan harga sesuatu aset. Turun naik harga aset ini memang benar, berlaku dan bukan perkara main-main. Tetapi risiko adalah lebih dari itu.

Ini ialah definisi risiko yang lebih lengkap.

Investing is an activity in which consumption today is foregone in an attempt to allow greater consumption at a later date. “Risk” is the possibility that this objective won’t be attained.

Warren Buffett, letter to shareholders 2017.

Maka untuk mencapai objektif pelaburan:

(1) Seseorang itu perlu ada kemampuan (ability) untuk mengambil risiko. Pelabur perlu mempunyai pendapatan. Ada aliran tunai positif. Cukup investable asset. Mempunyai masa.

(2) Pelabur juga perlu rela hati (willingness) untuk mengambil risiko. Ini kerana apabila melabur, maka nilai harta kita akan turun naik mengikut nilai pasaran semasa. Volatility. Kerugian pasti berlaku. Ia adalah pakej dalam dunia pelaburan. Jika kita tak mahu melihat kejatuhan pasaran, nilai pelaburan kita tidak akan naik dengan banyak.

(3) Pelabur mesti sedar keperluan (need) untuk mengambil risiko. Berapa required rate of return yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan.

Ketiga-tiga risiko ini adalah penting untuk diurus. Supaya kita dapat melabur dengan lebih yakin dan berani.

Objektif kewangan itu tidak dapat dicapai dengan sendiri. Bukan semua dari kita adalah dari keluarga yang kaya raya. Atau yang disebut sebagai trust fund baby. Maka, mula melabur secara bersistematik adalah tindakan yang paling penting.

Hari ini, ketika masih muda dan mempunyai banyak tenaga untuk bekerja, gaji adalah sumber utama untuk kita meneruskan hidup. Gaji itu datang dari human capital. Tenaga dan masa kita.

Namun, apabila sudah burnout pada pertengahan kerjaya atau sudah sampai usia tua, maka ketika itulah monetary capital lebih utama dari human capital.

Pilih big why kita sendiri. Seperti mahu mempunyai banyak pilihan dalam hidup. Pilihan untuk bercuti lama. Pilihan untuk retire early. Pilihan untuk bekerja dalam bidang yang kita enjoy. Dan pelbagai lagi pilihan dalam hidup.

Dan untuk mencapai semua itu, kita perlu berani melabur.

Berani melabur dengan konsisten, sama ada ketika pasaran sedang menaik atau pasaran sedang menurun.


Seterusnya, baca:

Langgan Nota Pakdi menerusi emel:

Penulis: Saya adalah licensed financial planner. Stock advisor. Personal finance speaker. Klik sini untuk menghubungi saya