Cashflow Positif Anak Kunci Pelabur Berjaya

Pakdi, ada tak pelaburan macam ni?

  • Mula modal kecil.
  • Risiko rendah.
  • Untung cepat.
  • Return lebih tinggi dari TH / ASB.
  • Kalau boleh pasal modal tu cuma 100 ringgit je dan saya dapat jadi jutawan lepas 5 tahun.

Semua Pelaburan Bermula Dengan Aliran Tunai Positif

Berikut ialah 3 perkara yang barangkali berlaku terhadap gaji kita.

1. Gaji Habis Buat Makan

Al-Quran sebut, “Makan dan minumlah tapi janganlah kamu membazir.”

Makan dan minum merupakan keperluan asas seorang manusia. Namun makanlah untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.

2. Gaji Jadi Simbol Kemewahan Peribadi

Simbol kemewahan peribadi antaranya seperti:

  • Rumah yang kita duduk
  • Kereta yang kita ada
  • Pakaian yang kita pakai
  • Percutian yang kita belanjakan
  • Hobi yang kita habiskan

Ia bukanlah sesuatu yang perlu kita berhabis sangat.

  • Baju baru berjenama yang kita beli akhirnya lusuh.
  • Kasut kulit import yang kita beli rosak.
  • Kereta baru lama-lama mula meragam.

Tak salah. Asalkan berbelanja dengan kemampuan sebenar.

3. Gaji Jadi Harta

Bila tuan membeli harta yang sebenar, kesan akhirnya ialah tuan terpaksa bayar zakat. Ada pelbagai jenis harta yang dapat dizakatkan. Antaranya ialah:

  • Perniagaan
  • Saham
  • Emas
  • Hartanah yang disewakan
  • Unit trust
  • Binatang ternak
  • Kebun-kebun

Dan semuanya bermula apabila kita berani cipta aliran tunai positif.

Pelajari Kuasa Kompaun

Harta macam binatang ternak jadi berganda bila induknya beranak dan terus beranak. Harta macam kebun-kebun buah jadi berganda bila berbuah dan kemudiannya ditanam semula. Dan harta zaman moden seperti saham pula berkembang dengan kuasa kompaun.

Kuasa kompaun dalam bahasa Inggerisnya ialah compounding interest. Cara paling cepat nak belajar adalah melalui kiraan Rule 72. Melalui Rule 72 kita dapat tahu secepat mana duit boleh jadi berganda.

72 ÷ rate of return = tempoh duit jadi double.

Contoh; dengan menggunakan rate of return seperti berikut:

  • 4% ; 72 ÷ 4 = 18 tahun
  • 6% ; 72 ÷ 6 = 12 tahun
  • 8% ; 72 ÷ 8 = 9 tahun
  • 10% ; 72 ÷ 10 = 7.2 tahun
  • 50% ; 72 ÷ 50 = 1.44 tahun

Ramai orang bertanyakan kepada saya soalan nak kaya dengan modal paling kecil.

Bila kita faham bagaimana kuasa kompaun itu berfungsi, maka nak gandakan duit RM 100 menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Bermaksud setiap tahun kena untung sebanyak 531%. Sasaran keuntungan sebegitu adalah tidak realistik.

Namun disebabkan tak faham tentang kuasa kompaun, kita pun tetap mencari pelaburan yang boleh buat return yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Confirm pasti terjebak dalam scam i.e. skim cepat miskin.

Cashflow + Kuasa Kompaun

Yang sebetulnya ialah selepas membuat melabur dengan modal permulaan (initial capital), maka melaburlah secara konsisten (subsequent capital) setiap bulan atau setiap tahun.

Supaya kuasa kompaun dapat menghasilkan “magik” untuk portfolio pelaburan kita. Dan bukannya berharap initial capital itu dapat menjadikan kita jutawan.

Initial capital dan subsequent capital memainkan peranan yang penting dalam sesuatu portfolio pelaburan. Justeru, kita tak terkejar-kejar return yang tak masuk akal (akhirnya kena scam) seterusnya dapat menyusun keutamaan dalam urusan kewangan supaya matlamat akhirnya dapat dicapai.

Ini adalah simple plan untuk dapat 1 juta ringgit:

Modal awal: 100 ribu
Modal tambahan: 25 ribu setahun / 2,000++ sebulan
Tempoh pelaburan: 15 tahun
Return on investment: 7%

Maka dengan itu portfolio pelaburan kita pun dapat berkembang menjadi RM 1 juta.

Berminat nak
mula melabur?

Salam, saya Pakdi. Saya berhasrat jadikan pelabur biasa menjadi informed investor. Soalannya, adakah anda berminat menjadi salah seorangnya?





Buat Carian