Cara-Cara Mempunyai Pendapatan Kedua Selain Gaji Setiap Bulan

Berikut adalah 3 sumber pendapatan yang mesti diketahui:

  1. Gaji.
  2. Bisnes.
  3. Pelaburan.

Ini ialah contoh bagaimana Dr Hans, seorang doktor perubatan dapat mempunyai lebih dari satu pendapatan.

1. Pendapatan dari gaji. Dr Hans mempunyai gaji sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik kerajaan. Maka itu adalah pendapatan gaji beliau.

Gaji merupakan pendapatan aktif yang bersifat tetap. Malangnya, bagi kebanyakan pekerja, gaji sentiasa ada had silingnya. Jika kita ada 2 bos, 1 bos besar dan 1 bos kecil, maka gaji kita pasti lebih kecil. Malah kenaikan gaji pun tidak banyak. Bukannya naik 100%.

Namun gaji adalah pendapatan yang paling asas untuk semua.

2. Pendapatan dari bisnes. Pada masa yang sama, Dr Hans membuat locum.

Di klinik milik kawan-kawan pada masa tertentu. Maka ini ialah pendapatan dari bisnes. Jual perkhidmatan.

Bisnes itu terbahagi dua, perkhidmatan atau jual barang. Bisnes perkhidmatan adalah menjual masa dan kepakaran. Bisnes jual barang adalah menjual ‘kotak’ dan lebih bersifat komoditi.

Lebih banyak kita menjual, lebih banyak pendapatan yang dapat diperoleh. Bagi seorang pekerja, bisnes ini dapat dibuat secara part-time. Mulakan bisnes tanpa berhutang. Mulakan bisnes dengan apa di tangan sahaja.

3. Pendapatan dari pelaburan. Hasil dari mempunyai dua jenis 2 pendapatan yang telah disebutkan membolehkan Dr Hans dapat membuat lebih banyak simpanan.

Dr Hans pun dapat menukarkan duit simpanan tunai dalam bentuk harta yang sebenar. Iaitu dengan mula membeli harta-harta produktif. Harta produktif adalah sejenis harta yang dapat memberikan pendapatan. Pendapatan pelaburan ini bersifat pasif.

Contoh pendapatan dari pelaburan adalah seperti:

  • Dividen dari syarikat-syarikat saham yang dibeli di Bursa Malaysia.
  • Agihan pendapatan dari unit trust.
  • Hasil sewa dari hartanah

Harta pelaburan ini juga dapat dijual sekiranya ada keperluan tertentu.


Seterusnya, baca:

Langgan Nota Pakdi menerusi emel:

Suzardi Maulan (Pakdi)

Pakdi merupakan seorang perancangan kewangan berlesen dan menguruskan portfolio pelaburan untuk individu.