Investable asset

Ramai orang nak melabur tapi tak pasti berapakah jumlah modal yang wajar digunakan.

Jika labur sedikit sangat, yang dapat nanti pun sikit.

Jika terlebih guna modal, sekali rugi terus pening kepala.

Maka melabur dengan investable asset.

Investable asset ialah duit yang boleh dilaburkan. Atau dalam bahasa yang lebih mudahnya duit lebih. Tapi bukan duit lebih yang biasa-biasa. Ada kriterianya.

Nak kiraan mudah ikut cara Chalie Munger. Simpan duit secepat mungkin sampai ada 100 ribu. Maka itulah modal pelaburan.

Warren Buffett pula mula melabur secara serius lepas dah ada simpanan sebanyak 174 ribu. Manakala belanja setahun cuma 12 ribu sahaja.

Dapat tak idea investable asset tu?

Melabur bukan untuk nak cover duit tak cukup tiap bulan. Itu salah. Penyelesaian sepatutnya ialah cari gaji yang kedua atau buat bisnes part time. Cara lain ialah potong perbelanjaan.

Tak cukup duit tiap bulan, cari individu berlesen yang dapat bantu untuk urus cashflow dan bina savings secukupnya. Itu fokus utama mereka yang ada situasi cashflow.

Dah cukup investable asset barulah melabur. Pilih cara untuk melabur secara do-it-yourself (DIY) atau dapatkan khidmat pengurusan pelaburan (investment management).

Contoh macam Warren Buffett tadi. Investable asset beliau bukan 174 ribu. Itu savings. Tetapi cuma 162 ribu. Tapi ini cerita tahun 1956. Dan Warren Buffett tak perlu sediakan duit nak pergi haji ke Mekah.

  1. Kira berapa belanja kita untuk 7 bulan.
  2. Jika masih belum pergi haji, simpan 15 ribu ringgit dalam Tabung Haji.

Apa yang lebih itulah investable asset. Barulah kita dapat melabur dengan duit lebih. Bila pasaran saham jatuh pun kita masih dapat kekal tenang.

Barulah merasa sikit cara urus pelaburan macam Warren Buffett =)