Pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2)

Selain Amanah Saham Bumiputera (ASB), kini pelabur boleh juga melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).

ASB2 sama seperti ASB merupakan amanah saham yang berharga tetap. Harganya tidak berubah. Oleh itu tidak ada keuntungan modal. Cuma ada keuntungan dari agihan pendapatan sahaja.

Portfolio ASB2 ialah aset campuran. Berdasarkan laporan tahunan dari 2019-2021, antara 78-82% dilaburkan dalam saham, 8-12% dilaburkan dalam sekuriti berpendapatan tetap seperti bon & sukuk dan selebihnya dalam lain-lain pelaburan.

Pelaburan minima ialah RM 10 dan pelabur boleh memanfaatkan skim pelaburan ahli KWSP dengan modal serendah RM 1,000. Kuota pelaburan yang ditetapkan adalah sebanyak RM 200,000.

Penanda aras yang digunakan sejak 1 Mei 2018 ialah Kadar Deposit Tetap Maybank 12 bulan dan sebelum itu ialah Purata Kadar Hasil MGS 5 tahun

Berbeza dengan ASB, tahun kewangan berakhir ASB2 ialah setiap 31 Mac. Dilancarkan pada 2 April 2014. Berikut ialah rekod agihan pendapatan ASB2 (sen):

2021: 4.25
2020: 4.75
2019: 6.00
2018: 6.75
2017: 6.50
2016: 7.05
2015: 7.50 + 0.25

Pulangan purata 5 tahun ialah 5.65

—–

Laporan dari NST:

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today launched the Amanah Saham Bumiputera 2, a fund size of RM10 billion for Bumiputera, from as young as 6 months old.

The fixed price fund of RM1 per unit is suitable for investors who are risk averse and seeks to provide regular income stream while preserving the unit holder’s investment capital through a mixed asset portfolio.

ASB 2 is targeted for the Generation Y Bumiputeras between the age of 19 and 34 and also the other ASB unit holders who have reached their maximum investment of 200,000 units.

The fund will be categorised into two accounts, Akaun Dewasa for those 18 and above and Akaun Bijak for those 6 months to 17 years.

The maximum investment limit for Akaun Dewasa is 200,000 units while for Akaun Bijak 50,000 units.

Najib said the launch of ASB 2 is in line with the focus of the government to develop the potentials of the Generation Y as fund managers, Permodalan Nasional Bhd aims to increase the participation of this group in unit trust investment.

The prime minister said PNB will credit an additional 10 units for those investing between today and Dec 31, 2014 while those who open an account today will get a RM50 voucher, an equivalent of 50 units.


Seterusnya, baca:

Dapatkan terus Nota Pakdi di emel: