Tabung persaraan

Sekiranya pelabur paling hebat, Warren Buffett duduk di Malaysia, maka dia akan sebut:

Hari ini kita dapat makan durian sebab ada orang dah tanamnya tak lama dulu.

(Someone is sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago)

Pokok durian mula berbuah selepas 4 tahun. Atau selepas 7 tahun. Dalam tempoh 10 tahun pertama ini kalau berbuah pun tak banyak. Antara 10-60 biji sahaja.  Selepas 10 tahun, pokok durian mula menghasilkan buah yang lebih banyak. Antara 50-100 biji untuk semusim. Selepas 20 tahun, itulah hasil yang paling banyak. Antara 100 – 200 biji satu musim.

Begitulah saham untuk persaraan. Tanam hari ini bukan boleh makan pada hari esok. Sebaliknya mengambil masa paling kurang pun 20 tahun. Dan sekali tiba musim berbuah, makan seorang tak habis. Jadi apa yang penting sekarang ialah mula bercucuk tanam.

Melaburlah.

Jangan sampai 10 seminar kewangan dah hadir tapi masih tak mula-mula.

Banyak pelaburan yang dapat dimulakan dengan modal rendah. Apa yang lebih penting adalah konsisten melabur. Jika tidak melabur setiap bulan, melabur setiap 3 bulan sekali. Boleh juga pilih untuk melabur 6 bulan sekali. Malah, melabur setahun sekali pun tidak mengapa. Asalkan melabur.

Kenapa kita perlu merancang pelaburan supaya kita dapat bersara dengan duit yang cukup di tangan? Ada sekurang-kurangnya 3 sebab.

1. Kita tak tahu bila kena berhenti kerja

Kecemasan! Banyak sebab kenapa kita terpaksa berhenti kerja. Jadi bila kita ada tabung jangka masa panjang seperti tabung persaraan maka kita sudah menyediakan bot yang lebih besar untuk keperluan dalam situasi sebegitu.

2. Tahap kesihatan kita makin baik

Semakin maju sesebuah negara maka khidmat kesihatan yang ditawarkan menjadi lebih baik. Bila khidmat kesihatan semakin baik maka umur rakyat pun semakin bertambah. Maka, bila umur makin panjang, duit yang diperlukan pun turut bertambah.

3. Supaya tak bebankan anak cucu

Hari ini wujud ‘generasi sandwich’. Iaitu individu yang bekerja dan perlu menampung kehidupan ibu ayah mereka dan juga anak-anak. 

Justeru, kita sepatutnya bersedia dari sekarang supaya ada sumber kewangan secukupnya supaya tidak menjadi beban generasi akan datang.
.

Dan dalam misi menyediakan tabung persaraaan ini, mula-mula kena kiraberapa banyak jumlah keperluan tabung persaraan yang diperlukan. 

Kemudian, analisa cashflow dan harta yang kita ada sekarang. Sekiranya, tak buat apa-apa perubah, dapat tak bersara dengan duit yang cukup di tangan?

Seterusnya, buat adjustment sedikit sebanyak dan pilih salah satu dari dua pendekatan ni.

Pertama. Kumpul aset secukupnya kemudian tukar jadi tunai.

Kelebihannya, nilai yang diperlukan adalah rendah. Jadi lebih mudah nak capai. Tak rasa tertekan sangat nak buat. Kekurangannya, bila aset dah habis dijual dan umur masih panjang, nak makan apa?

Kedua. Kumpul aset sampai cashflow yang diterima dapat ganti gaji

Kelebihannya, sampai mati pun tak habis makan. Siap dapat wariskan ke anak cucu. Kekurangannya, nilainya yang diperlukan adalah lebih tinggi dari cara pertama. 

Jadi, bila dah tahu ke mana hendak dituju, kan lebih mudah. Berbanding melabur tanpa arah tuju. Kemudian asyik cari benda apa yang boleh bagi return 100% secepat mungkin. Dan akhirnya habis modal kesemuanya sebab masuk scam!


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: