Peraturan 10% dapat bawa kita menuju financial freedom

Financial freedom.
Kebebasan kewangan.

Sekiranya kalian perlu berhenti kerja hari ini, berapa lama dapat bertahan hidup tanpa gaji? 1 bulan? 3 bulan? 6 bulan? 12 bulan? 24 bulan? Bagi saya inilah maksud financial freedom.

Sekiranya ada savings yang mencukupi untuk 12 bulan, maka tahap financial freedom kita ialah 12 bulan. Jadi, kalau nak cukup sampai 120 bulan, maka kena lah terus menyimpan dan melabur.

Apa pun definisi financial freedom yang kalian pegang, semua kembali kepada peraturan paling asas. Kena ikut kalau nak mencapainya. Iaitu peraturan 10 peratus.

Simpan paling kurang 10 peratus dari setiap sen pendapatan yang kita terima. Gaji, elaun, bonus dan seterusnya. Ya, dengan simpan 10 peratus setiap bulan dari pendapatan, kita akan ada asas kewangan yang kukuh untuk capai financial freedom.

Masalahnya cuma satu.

Lambat.

Bukan hari ni simpan, esok dah jadi jutawan. Dan tips kewangan yang macam itu yang orang ramai cari. Dan jika masih ada impian nak kaya cepat dan mahu skip langkah asas ni, maka kebarangkalian nak kena jerat scam tu memang tinggi.

Peraturan 10 peratus perlu kepada disiplin. It is not sexy. Orang lain cerita pasal pelaburan emas, CFD, saham, crude oil, dan kita cuma cerita tiap bulan simpan duit masuk dalam savings account, money market fund atau ASB.

Objektif kita simpan 10 peratus sebulan ni supaya kita ada basic savings atau tabung kecemasan (emergency fund). Selepas itu kita dapat memulakan langkah seterusnya, iaitu melabur dengan lebih fokus.

Berapa banyak kena ada basic savings ni? Sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Misalnya gaji 3 ribu sebulan. Darab 6. Maka jumlahnya 18 ribu.

  • 10% x 3,000 = 300
  • 300 x 12 = 3,600
  • 3,600 x 5 = 18,000

Maka jumlah simpanan asas / tabung kecemasan (emergency fund) dapat dicapai dalam tempoh 60 bulan (5 tahun). Walaupun cuma simpan dalam akaun bank biasa yang tak bagi apa-apa pulangan.

Berikutnya jika kita simpan lebih dari 10 peratus. Kita mampu simpan 15%, 20% dan 25%. Maka sasaran 18,000 ringgit itu dapat dicapai dalam tempoh berikut:

  • 15% = 40 bulan
  • 20% = 30 bulan
  • 25% = 24 bulan

Ini pula kalau kita simpan 10 peratus dalam akaun yang bagi pulangan 3% – 5%.

  • 3% = 19,686.28
  • 4% = 20,278.71
  • 5% = 20,886.89

Bila simpan lebih dari 10 peratus maka sudah tentu jumlahnya adalah lebih tinggi. Jadi kalau nak cepat capai basic savings, kena simpan lebih dari 10 peratus dan simpan di tempat yang ada bagi return sebegitu.

Maka antara produk simpanan yang sesuai untuk tujuan begini ialah:

  • Fixed deposit
  • Money market fund (unit trust)
  • Fixed income fund (unit trust)
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Boleh tak terus melabur walaupun takde basic savings? Jika nak melabur tapi basic savings belum cukup boleh, dengan syarat perlu simpan lebih dari 10 peratus.

Macam ni.

Simpan 15 peratus. Pecah dua. 10 peratus simpan untuk cukupkan basic savings. Baki 5 peratus buat modal untuk melabur.

Maksudnya gaji 3 ribu. Simpan untuk basic savings, 300 ringgit. Simpan untuk mula melabur kecil-kecilan, 150 ringgit. Kenapa kita buat begitu, ada bahagian savings, ada bahagian investment?

  • Basic savings: 300 x 12 = 3,600
  • Tabung pelaburan pertama: 150 x 12 = 1,800

Selepas setahun dapat mula melabur secara kecil-kecilan sambil membina basic savings. Aktiviti menyimpan ini berbeza dengan aktivi pelaburan.

Simpanan ni memang kita tak nak rugi. Manakala, bila melabur kita pasti akan merasa rugi. Bila kita dah ada simpanan yang secukupnya, masa melabur hati pasti jadi lebih tenang.

Takdelah rugi sikit pun dah bising-bising. Dah nama pun melabur, memang lah ada risiko kerugian. Kalau dah tak nak dilambung ombak, buatlah rumah di tempat lain, kenapa masih nak buat rumah di tepi pantai?

Tentang Pakdi

Merupakan individu berlesen dalam perancangan kewangan. Sering dipanggil menjadi speaker berkaitan pelaburan oleh pihak industri seperti Bursa Malaysia, PNB & SIDC. Membantu individu supaya menjadi informed investor.