Prestasi Pelaburan 2020

Ini adalah percubaan saya untuk membuat perbandingan pelaburan. Berdasarkan apa yang saya dapat buat khususnya untuk individu yang berminat melabur dengan saya.

Sekapur Sireh

Saya tak dapat track semua jenis pelaburan. Mustahil.

Jadi, saya kecilkan kepada 8 jenis produk yang mewakili beberapa kelas aset. Iaitu (1) Emas (2) ASB (3) Saham blue chip (4) Saham US (5) Tunai (6) Dana sukuk (7) Medium to small cap index – MidS dan (8) Saham dunia.

Kesemua yang disenaraikan adalah Shariah compliant, sama ada menurut kaedah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau panel penasihat Shariah masing-masing.

Kemudian menjejaknya untuk tempoh 10 tahun.

Apa yang berlaku pada 2020?

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat signifikan bagi umat manusia. Satu dunia mengalami lockdown. Work from home. Social distancing. Pakai topeng muka. Perniagaan terhenti sekejap. Online meeting menjadi norma baharu dan ada industri yang sangat terkesan dengan pandemik Covid19 sehingga pemberhentian pekerja berlaku secara besar-besaran.

Ekuiti

Pasaran saham Malaysia, sama ada blue chip atau MidS mencatatkan pemulihan selepas kejatuhan besar semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) diperkenalkan.

Perkara yang sama berlaku untuk US stocks & world stocks yang mana satu dunia mengalami lockdown.

Bagi blue chip, kenaikannya banyak didorong oleh saham syarikat seperti Top Glove, Supermax, Hartalega, Kossan yang harganya naik berganda-ganda dalam tempoh pandemik ini. Malaysia adalah pengeluar terbesar sarung tangan getah dan sintetik dunia.

Bagi MidS pula, kenaikan ketara adalah disebabkan oleh saham-saham syarikat teknologi yang menjadi pembekal kepada syarikat teknologi di US khususnya FAANG – (1) Facebook (2) Amazon (3) Apple (4) Netflix (5) Google – Alphabet.

Ini menjawab asas kepada prestasi US stocks. Yang mana FAANG sahaja mewakili kira-kira 15% saiz US stocks. Dan tahun ini FAANG ditemani oleh Tesla.

Oleh kerana liputan world stocks adalah lebih meluas dari sudut sektor dan geografi, maka keuntungan world stocks secara relatifnya adalah lebih rendah.

ASB

Ada banyak faktor kenapa ASB memberikan pulangan terendah dalam sejarah setakat ini. Kenaikan ketara pasaran saham tempatan didorong oleh industri sarung tangan dan teknologi. Manakala pelaburan strategik utama masih dalam sektor tradisional yang lebih konservatif. Sesuai dengan tujuan ASB itu sendiri.

Emas

Fear adalah sebab utama kenapa orang melabur dalam gold.

Justeru, apabila suasana ekonomi menjadi sangat tidak pasti, maka kenaikan gold bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Fixed income & cash

Kadar faedah diturunkan untuk membuat rangsangan ekonomi. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang berbelanja dan membuat pelaburan bagi menggerakkan ekonomi.

Syarikat dapat meminjam / berhutang dengan kadar yang lebih murah untuk tujuan perniagaan. Manakala individu yang masih ada kecukupan wang pula digesa terus berbelanja untuk merangsang ekonomi setempat.

Pelaburan 2021

Ada yang berpendapat US stocks sudah over valued pada masa sekarang.

Secara umumnya saya dapat bersetuju. Namun ini tidak bermaksud pasaran saham terus crash bila berlaku over valuation. Market can go higher and higher.

Perkara utama yang menjadi tumpuan semua pihak ialah keberkesanan vaksin. Ketika nota ini ditulis, kita masih belum tahu bilakah vaksin akan sampai ke negara kita.

Berbalik kepada isu valuation, sekiranya kita berpendapat technology sector i.e growth company sudah terlebih mahal, maka sudah tentu ada syarikat yang masih murah. Tesla mungkin nampak mahal, tapi Tesla bukanlah satu-satunya pengeluar kereta elektrik di dunia. Begitulah cara mudah bagaimana kita nak mula mencari peluang pelaburan pada 2021.

Sekiranya tuan puan mempunyai sebarang isu dalam portfolio pelaburan dan mahu bercakap dengan kami, sila dapatkan info awal tentang apa yang dapat ditawarkan di sini.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: