Mudahnya Melabur Dalam Saham Blue Chip

Blue chip. Secara literal merujuk kepada cip berwarna biru yang dikatakan mewakili nilai tertinggi dari banyak-banyak cip yang ada. Cip dalam permainan poker.

Ya, poker.

Secara istilahnya saham blue chip merujuk kepada syarikat yang dikenali ramai, kukuh dan selamat. Syarikat-syarikat blue chip ini dianggap sebagai leader dalam industri mereka dan produk & servis yang ditawarkan pula adalah household name.

Syarikat-syarikat saham blue-chip ini adalah komponen yang membentuk indeks saham i.e FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Untuk Bursa Malaysia, ada 30 syarikat blue chip yang utama. Senarai ini dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Seterusnya ialah 70 syarikat blue chip lagi. Saya suka menyebutnya sebagai “mini” blue chip sebagai saiz pasarannya lebih kecil. Dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index.

Bila kita gabungkan KLCI 30 + KLCI 70 maka jadilah KLCI 100. Saham-saham top 100 mengikut saiz pasaran.

Maklumat senarai saham blue chip ni mudah nak cari. Ini contoh saham blue chip yang Patuh Shariah.

  • Tenaga Nasional
  • Axiata Group
  • Petronas Chemicals
  • Sime Darby Plantation
  • IHH Healthcare
  • IOI
  • Maxis
  • Dialog Group
  • Petronas Gas
  • KL Kepong
  • Digi.com

Manakala blue chip yang tak patuh Shariah antaranya seperti:

  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Group
  • Genting

Saham Household Name

Cuba perhatikan betul-betul nama syarikat yang tersenarai di atas, semuanya syarikat yang besar-besar.

Ramai orang nak kerja dalam syarikat tersebut. Sebab ada prestij, status dan pay scale yang lebih tinggi dari syarikat lain.

Seterusnya kalau syarikat-syarikat ini pun menarik ramai orang nak menjadi pekerja, maka sudah tentu ia membawa maksud syarikat ini kewangannya kukuh.

Syarikat ini mempunyai operasi bisnes yang menguntungkan. Syarikat ini susah (tapi tak mustahil) nak rugi. Keuntungan yang stabil. Boleh bertahan waktu zaman ‘kemarau’. Bagi dividen yang konsisten.

Banyak fund manager suka beli saham jenis ni.

Faktor Dividen

Oleh kerana syarikat-syarikat blue chip ini stabil, lazimnya ada dividen yang diterima oleh pemegang saham. Justeru, ini adalah antara faktor kena syarikat-syarikat blue chip menjadi ‘darling’ dalam sesuatu portfolio.

Walaupun begitu pendapatan dari dividen bukanlah satu-satunya sebab kenapa kita melabur dalam syarikat blue chip.

Blue Chip Less Volatile Bukan Tidak Ada Risiko

Anggaplah blue-chip ini macam mak ayah yang dah berusia 50-an.

Mak ayah tu dah jadi CEO, pengurusan kanan syarikat. Gaji besar. Bonus besar. Limpahan rezeki itu sudah pasti jatuh kepada anak-anak.

Walaupun begitu masih tetap ada risiko. Bukan zero-risk. Walaupun kebiasaannya syarikat blue-chip ini berdaya saing yang tinggi tetapi setiap sesuatu itu pasti ada tarikh luputnya.

Bila zaman dah berubah, maka tak mustahil syarikat yang dahulunya ialah saham blue chip sudak tidak lagi perform seperti dulu-dulu. Tak ada yang kekal. Kerajaan Malaysia pun dah pernah berubah.

Tuan puan pernah dengar cerita pasal arwah Malaysia Airlines? Dengar cerita arwah dulu baik orangnya…


Baca Nota Pakdi menerusi emel: