Modal Pelaburan Pertama Untuk Pelabur Muda

Boleh tak mula melabur dengan modal 100 ringgit?

Jawapannya boleh.

Dah nama pun nak bercucuk tanam. Mesti lah kena ada biji benih. Nak makan KFC pun ada modal. Boleh tak makan KFC modal 20 ringgit? Boleh, cuma tak cukuplah nak belanja kawan-kawan.

Bila nak jadi kaya, sudah tentu modal pun kena besar. Boleh tak nak buka stall burger tepi jalan modal 100 ringgit? Boleh tak nak buka francais McDonalds modal 10 ribu?

Jadi, sekadar nak memulakan pelaburan. Maka, modal 100 ringgit itu adalah mencukupi. Tetapi nak dapat passive income dengan pelaburan, 100 ringgit memang tak cukup.

Modal pelaburan kali pertama ini berbeza-beza ikut kat mana kita nak melabur. Ada yang dapat dimulakan dengan modal rendah, ada yang perlu kepada modal yang lebih tinggi.

(1) Hartanah kena sediakan paling kurang 10 – 15% deposit dari harga rumah. Bila rumah tu harga 300 ribu, kena lah ada 30-45 ribu. Selepas itu perlu tunjuk kepada bank kita yang mampu bayar tiap bulan dengan gaji yang kita terima.

(2) Saham di Bursa Malaysia memerlukan pelabur membuat pelaburan minima sebanyak 100 unit saham. Juga disebut 1 lot. Berapa ringgit tu? Ikut harga saham. Bila harga saham cuma 50 sen seunit maka modal permulaan ialah RM 50, sebelum campur brokerage cost. Ha, siapa kata melabur saham ni kena tunggu banyak duit dulu?

(3) Unit trust pula kena rujuk prospectus. Setiap unit trust fund tak sama dan berbeza-beza. Kebiasaannya kita dapat jumpa unit trust fund yang mana modal permulaannya ialah antara RM 500 – RM 1,000 ringgit.

Baca: Memulakan pelaburan sendiri

(4) Robo-advisor pula ada pelaburan yang paling mampu milik. Pelabur dapat mula melabur dengan modal serendah RM 100 sahaja dan ada yang lebih rendah dari itu.

(5) Aset digital atau lebih dikenali sebagai cryptocurrency. Ini adalah jenis aset yang baru. Melaburlah menerusi digital asset exchange (DAX) yang berdaftar. Ada DAX yang dapat bermula dengan 10 USD.

Baca: Hukum melabur dalam cryptocurrency macam bitcoin

Pelaburan di Malaysia tidak terhad kepada 5 jenis ini sahaja. Apa yang penting, bermula.

Pelaburan tak perlu tunggu jadi kaya untuk bermula. Pelaburan bukan hanya untuk orang kaya-kaya. Melaburlah sampai kaya. Dan bila nak jadi kaya dengan melabur maka perlu ada perancangan pelaburan dan kena mula dari sekarang.

Tabung memulakan pelaburan dapat dibuat dengan memperuntukkan bulan 5% – 10% dari gaji untuk tujuan ni. Simpan dulu selebihnya baru belanja. Bila dah bersedia nak bermula, keluarkan sebahagian sahaja dulu dari tabung pelaburan tadi sebagai modal pelaburan pertama. 

Modal kecil bukan lagi satu masalah.

Jangan ikut poket orang. Ikut poket kita. Janji menyimpan setiap bulan lepas dapat gaji supaya dapat melabur dengan modal yang ada di tangan.

Ejen yang kaya bila melabur? Tersakiti tengok ejen pergi berjalan-jalan luar negara? Sekarang dah tak ada isu tu sebab dah ada platform online. Tak perlu pakai ejen pun. Ada yang langsung takde sales charge. Maka, apakah alasan lagi untuk tidak memulakan pelaburan?


Baca Nota Pakdi menerusi emel: