Hukum trading cryptocurrency seperti Bitcoin (di Malaysia)

Semasa menulis nota Apa Itu Bitcoin, ketika itu belum ada resolusi Shariah dari pihak autoriti mengenai hukum berjual beli cryptocurrency. Secara umumnya saya menulis tentang keperluan Shariah menentukan sama ada cryptocurrency itu menepati ciri matawang, atau, sejenis aset baru.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan Digital Assets Guidelines.

Cryptocurrency di Malaysia ialah sejenis digital assets sama ada menjadi digital currency atau digital token. Namun tidak menjadi legal tender mahupun form of payment yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Dalam bahasa mudah, walaupun dikenali sebagai cryptocurrency tetapi ia tidak diperakukan sebagai mawatang di Malaysia. Ia adalah sejenis komoditi, atau kelas aset yang baru yang boleh dijual beli sama seperti kelas aset yang lain.

Di Malaysia kita perlu berjual beli melalui registered digital exchanges. Sehingga nota ini disediakan ada 3 exchanges:

  1. Luno
  2. Sinegy
  3. Tokenize

Digital exchanges ni macam Bursa Malaysia, bezanya satu stock exchange dan yang ini ialah digital asset exchanges (DAX). Setakat ini 5 cyrptocurrency yang dibenarkan:

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • XRP Ripple
  • Litecoin
  • Bitcoin Cash

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti pada mesyuarat ke 233 dan 244, bertarikh 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 telah memutuskan ciri-ciri sesuatu digital currency, atau, digital token yang patuh Shariah.

A. Untuk digital currency, ada dua jenis.

1. Berasaskan teknologi tanpa sebarang pendasar

Ia adalah harta urudh. Bukan matawang, justeru bukan barang ribawi.

2. Mempunyai sandaran barang ribawi

i. Sama ada bersandarkan emas, perak dan matawang.
Ini tertakluk kepada syarat bai’ al-sarf.

ii. Bersandarkan harta ribawi lain selain emas, perak dan matawang.
Ini tertakluk kepada syarat pertukaran barang ribawi.

B. Digital token pula, perlu memenuhi 3 syarat berikut:

  1. Hasil terbitan hendaklah digunakan untuk tujuan yang patuh Shariah.
  2. Hak dan manfaat hendaklah patuh Shariah.
  3. Sekiranya perkara (1) dan (2) bercampur maka perlu guna kaedah Shariah screening sedia ada untuk sukuk dan syarikat tersenarai.

Jika digital token mempunyai sandaran barang ribawi, maka tertakluk dengan syarat pertukaran barang ribawi.

Resolusi Shariah ini terpakai untuk aset digital bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti sahaja.

Resolusi ini turut menyebutkan dua syarat untuk menjadikan sesuatu cryptocurrency itu patuh Shariah.

  1. Hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam resolusi ini.
  2. Didagangkan dalam Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti sahaja

The SAC has also resolved that investment and trading of Digital Assets that fulfil the above requirements and which are traded on Digital Asset Exchange (DAX) registered with SC are permissible.

Sekiranya tuan puan telah jelas tentang bagaimana untuk membeli cryptocurrency yang patuh Shariah, maka dapat membelinya menerusi mana-mana DAX yang berdaftar di Malaysia.

Saya memilih menggunakan platform Luno. Sila download apps di sini –

Kemudian tuan puan dapat masukkan kod ini: MYKHMU


Belajar urus wang dan melabur - Ebook + video Berani Labur @ Lebur.

Suzardi Maulan, IFP

Pakdi.net merupakan blog peribadi saya tentang topik kewangan dalam Bahasa Melayu. Saya membantu individu melabur dan menguruskan pelaburan mereka. Selanjutnya baca di sini

1 comment

  1. Apa Itu Bitcoin? – Pakdi

    […] Kemaskini: Status hukum cryptocurrency dan status legal tender telah saya tulis dalam nota terbaru – Hukum trading cryptocurrency […]

Comments are closed.