Dividen Saham

Selaku pemegang saham, tuan layak menerima dividen. Dividen adalah pendapatan dalam pelaburan saham selain dari keuntungan modal. Nak dapat dividen, maka kena kaji syarikat-syarikat yang membuat keuntungan kerana dividen yang pemegang saham terima itu ialah dari keuntungan operasi sesebuah syarikat.

Dividen membolehkan pelabur saham memperoleh aliran tunai. Keuntungan modal pula memerlukan pelabur saham menjual pegangan sahamnya terlebih dahulu.

Berikut adalah 10 perkara yang tuan perlu tahu tentang dividen.

1. Pelabur yang menjual saham sebelum tarikh ex-date tidak layak mendapat dividen.

2. Pelabur yang membeli saham walaupun sehari sebelum tarikh ex-date layak mendapat dividen.

3. Pay date pula adalah tarikh syarikat membuat pembayaran saham.

4. Payout ratio adalah peratusan pendapatan syarikat yang diberikan kepada pemeng saham dalam bentuk dividen. Syarikat bluechip selalu mempunyai payout ratio yang tinggi.

5. Ada syarikat yang membayar dividen 4 bulan sekali dan hanya bukannya setahun sekali.

6. Ada syarikat yang langsung tidak membayar dividen kepada para pelabur.

7. Selain dividen tahunan, pelabur juga berpeluang mendapat dividen istimewa.

8. Dividen saham adalah pendapatan yang sudah dicukaikan di peringkat syarikat. Jadi pelabur tak perlu bayar cukai lagi.

9. Sekiranya tuan beli saham pada harga RM 1 dan dividen ialah 10 sen, maka dividend yield yang tuan terima ialah 10%.

10. Melaburkan semula dividen yang diterima adalah strategi orang yang kaya terus menjadi kaya.

Strategi Pelaburan Saham Berasaskan Dividen

Benjamin Graham memperkenalkan strategi pelaburan nilai, beli saham RM 1 pada harga 50 sen.

Peter Lynch pula terkenal dengan strategi beli saham yang mempunyai daya maju yang tinggi walaupun kelihatan seperti tengah mahal (berlawanan dengan cara klasik value investing.

John Bogle pula membangunkan strategi pelaburan saham indeks, jadi pelabur saham tak perlu buat analisa seperti dua gaya yang dikongsikan sebelum itu.

Bagaimana pula dengan strategi pelaburan saham berasaskan dividen?

Strategi Dividend Yield

9. Sekiranya tuan beli saham pada harga RM 1 dan dividen ialah 10 sen, maka dividend yield yang tuan terima ialah 10%.

Dividend yield ialah jumlah dividen sesaham dibahagikan dengan harga sesaham. Berbanding financial ratio yang lain, dividend yield lebih mudah difahami kerana pelabur mendapat cash return dari pelaburan mereka. Duit dah masuk dalam poket.

Jadi, sekiranya semua faktor lain adalah sama, jika ada dua syarikat, ABC Enterprise Bhd yang mempunyai dividend yield 6.3% dan XYZ Holdings Bhd yang mempunyai dividend yield 2.3%, maka melalui strategi ini syarikat ABC Enterprise Bhd akan menjadi pilihan.

Dividen hanyalah salah satu faktor yang diambil kira semasa membuat kajian saham. Rekod dividen adalah sama macam rekod keuntungan syarikat, iaitu merujuk kepada perkara yang lepas. Sedangkan kita melabur untuk masa depan. Dan rekod masa lepas itu adalah asas untuk bermula.

Justeru, adalah tidak mustahil walaupun tahun 2019 syarikat menunjukkan dividend yield yang tinggi, pada 2020 dividen itu ‘hilang separuh’. Ini kerana dividen bukan turun dari langit sebaliknya dari operasi syarikat. Jika makin untung, lazimnya kadar dividen pun akan naik dan sebaliknya.

Maka, dividend yield ini juga perlu kita kaji dengan faktor-faktor penilaian yang lain dan bukannya menjadikan dividen sebagai petunjuk mutlak semasa beli saham.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: