Kumpul harta bukan hutang

Kumpul harta dulu. Bukannya kumpul hutang cepat-cepat. Jika harga rumah tengah mahal, beli aset yang lain. Belum ada rumah bukan bermaksud tidak ada aset. Itu maksudnya kita belum ada aset jenis hartanah. 

Kita kumpul harta sebab nak jadi kaya. Jika tidak ada harta macam mana nak bayar zakat? Sebab hanya orang Islam yang kaya sahaja bayar zakat. Jika bukan orang Islam yang nak tolong orang Islam yang lain melalui zakat, siapa lagi?

Harta ini juga disebut sebagai aset. Aset ini ada banyak jenis. Antaranya:

  1. Tunai
  2. Fixed income
  3. Ekuiti
  4. Hartanah
  5. Komoditi
  6. Derivatif

Orang Jawa kata asset class. Jenis aset terbaru ialah cryptocurrency.

Setiap aset ini adalah berbeza. Maka modal yang diperlukan adalah berbeza. Liqudity tak sama. Risiko pasaran berbeza. Potensi untung tak sama. Dan seterusnya.

Semasa harga rumah tengah mahal ni, REIT merupakan cara yang paling murah untuk ada exposure kepada pasaran hartanah. Tak semestinya beli rumah fizikal untuk tujuan pelaburan.

Dan jenis yang nak buat duit hari-hari jangan masuk ekuiti (saham). Apa barang masuk ekuiti kalau pasaran derivatif lagi laju dari ekuiti. Ha, nak dapat duit berapa ratus sehari? Dengan saham saya tak boleh jamin. Dengan produk derivatif macam FCPO gerenti boleh rugi 500 ringgit sehari (nak untung pun boleh). Nak tahu lanjut sila klik dan baca di sini.

Oleh sebab itu ada keperluan melabur dengan asset allocation terlebih dahulu. Rancang pelaburan ikut jenis aset. Dan bukannya terus-terus cari produk. Pelaburan yang paling popular di Malaysia ialah unit trust. Unit trust itu produk. Bukan jenis aset. Produk unit trust itu sendiri ada pelbagai jenis kategori mengikut aset yang berbeza.

Jadi bila ada yang tanya unit trust apa yang bagus, soalan tu adalah pasal produk. Apa guna beli sampai 10 unit trust sekali pun sekiranya semua unit trust itu melabur dalam jenis aset yang sama.

Bila kita fokus produk pelaburan dulu maka kita tak jadi investor, tapi jadi collector. Sebab semua produk dia nak acu cuba try test.

Ini pula adalah contoh-contoh hutang. Juga disebut sebagai liabiliti.

  1. Baki hutang kad kredit
  2. Kereta
  3. PTPTN
  4. Personal financing
  5. ASB Financing
  6. Rumah
  7. Overdraft.
  8. Sundry loan

Dalam hidup ini ada masanya kita perlu berhutang. Walaupun begitu, jangan sampai terlebih hutang.

Hutang piutang juga mesti dirancang dengan cermat supaya matlamat kewangan yang besar seperti memiliki rumah sendiri dapat dicapai. Utamakan untuk beli harta dulu dan jangan mulakan hidup dengan hutang.

Sekarang buat senarai (1) aset, dan (2) hutang). Aset apa yang kita dah ada. Hutang apa yang kita dah kumpul. Kemudian, nilaikan aset dan hutang yang ada. Nilai aset tolak nilai hutang pula akan tunjukkan kita nilai aset bersih yang ada.


Seterusnya, baca:

Langgan Nota Pakdi menerusi emel:

Penulis: Saya adalah licensed financial planner. Stock advisor. Personal finance speaker. Klik sini untuk menghubungi saya