Asset allocation

Bila Raja Mesir bermimpi tentang 7 ekor lembu yang gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus serta 7 tangkai gandum kering dan 7 tangkai gandum yang hijau, itu antaranya bermaksud tentang wujudnya kitaran ekonomi semulajadi. 

Turun naik ekonomi ini adalah sesuatu yang kita tak dapat kawal. Tak payahlah susah-susah jadi ahli nujum. Bila ekonomi nak jatuh, bila ekonomi nak ok. 

Melabur aje. Seterusnya  fokus dalam perkara yang kita dapat kawal. Jadi apa yang kita dapat buat?

Ada dua perkara yang kita kena buat dengan duit lebih kita. 

  1. Buat pelaburan yang kurang risiko
  2. Buat pelaburan yang lebih risiko

Pelaburan yang kurang risiko ini namanya fixed income. Selepas setahun selalunya confirm kita dapat 1 ringgit bagi setiap 25 ringgit yang kita laburkan. Tapi itu sahaja yang kita dapat. Memang susah nak rugi tapi belum tentu kita duit kita selamat untuk jangka panjang. Sebab bila harga beras naik, kita tetap dapat 1 ringgit. Tak kurang dan tak lebih.

Pelaburan yang lebih risiko ini namanya ekuiti. Sekiranya nak dapat 1 ringgit bagi setiap 7 ringgit yang kita labur, inilah yang kita kena buat. Cuma belum confirm kita dapat dalam tempoh setahun. Nampak macam senang nak rugi tapi itulah cara untuk membolehkan bila harga beras naik, kita ada peluang dapat lebih dari 1 ringgit.

Rancang pelaburan dari sekarang. Berapa banyak nak dilaburkan dalam pelaburan yang kurang risiko, berapa banyak yang nak dilaburkan dalam pelaburan yang lebih risiko.

Masalah yang selalu berlaku ialah, asyik fikir nak dapat 1 ringgit dengan setiap 1 ringgit yang dilaburkan tapi risiko langsung tak mahu nak ambil. Seronok dengar manifesto pelaburan yang menjanjikan untung besar dari geng scammers. Lepas tu join dan ber hu hu ajelah tengok duit lebur.

Nak merasa kerja sebagai CEO Tabung Haji? Fikirlah benda-benda macam ini. Bezanya CEO Tabung Haji urus modal 70 bilion. Kita cuma seorang CEO tabung _______ (isi nama sendiri) yang menguruskan duit lebih sebanyak _________ (isi jumlah duit lebih).

Sebagai CEO tabung diri sendiri, kena tahu berapa peratus nak letak dalam tempat yang kurang berisiko, berapa peratus pula dalam tempat yang lebih berisiko. Ada masa kita lebihkan melabur dalam tempat yang lebih risiko, ada masa kita lebihkan melabur dalam tempat yang kurang risiko pula. Bukannya kesemua modal kita dilaburkan 100 peratus dalam tempat yang lebih berisiko.

Melabur ni bermula dengan urus risiko. Bukan terus-terus kejar untung. Sebab untung dan risiko ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Islam pun dah ajar nak keluar dari riba adalah dengan cara jual beli. Buat bisnes. Bila sebut bisnes, ada modal. Bila sebut modal ada pelaburan. Bila cakap pelaburan ada risiko. Jadi bila asyik nak untung tetap tapi tak mahu apa-apa risiko ni agaknya ikut siapa?

Walaupun begitu, Islam dah ajar lama pasal cara urus risiko. Bukannya kita kena ambil risiko membabi buta. Islam juga ajar supaya buat pelaburan. Islam juga suruh kita gerakkan duit dalam masyarakat supaya dapat menjana ekonomi. Bukannya duduk statik kumpul tunai banyak-banyak biarkan sahaja dalam bank sebab kita takut nak ambil risiko.

Sebab itu tak perlu takut melabur saham. Duit lebih yang kita ada bukannya perlu dilaburkan semuanya dalam saham.  Ada strategi asset allocation. Sebab itu kita tetap kena melabur supaya kita menyumbang kepada kitaran ekonomi yang sihat. Ada strategi berdasarkan kitaran ekonomi.

Sebagai tukang rancang pelaburan, saya bantu mereka untuk melabur berdasarkan strategi tertentu mengikut situasi masing-masing. Ada yang baru berumur 30 tahun. Ada yang sudah nak bersara. Ada yang  nak hantar anak belajar ke luar negara. Ada yang ok anak belajar dalam Malaysia sahaja. Perkara-perkara semacam tu. Saya sediakan kaedah pembahagian secara tailor-made dan bukannya one size fits all

Sekarang semak akaun pelaburan masing-masing. Berapa peratus labur dalam pelaburan fixed income, berapa peratus labur dalam ekuiti?


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: