Nilai Aset Bersih

Cara biasa untuk ukur kekayaan adalah dengan mengira net worth.

Net worth ialah nilai aset bersih. Boleh juga kita sebut sebagai nilai ekuiti. Apa yang tinggal lepas nilai harta tolak nilai hutang.

Harta – hutang = nilai aset aset bersih

atau,

Asset – liabilities = net worth

Bila mengira net worth kita akan menilai senarai-senarai harta yang kita ada seperti:

  1. Tunai
  2. Aset cair selain tunai
  3. Rumah
  4. Kereta
  5. Barang kemas
  6. Dan seterusnya

Kemudian kita kira berapa baki hutang yang ada:

  1. Kad kredit
  2. Pembiayaan peribadi
  3. Pembiayaan pelaburan seperti pembiayaan ASB
  4. Pembiayaan rumah
  5. Pembiayaan kereta
  6. Dan seterusnya.

Jadi, sekiranya semua harta yang kita ada bernilai 900 ratus ribu dan nilai hutang ialah 400 ratus ribu, maka nilai aset bersih ialah 500 ribu. Namun, secara realiti net worth hanyalah satu anggaran dan bermanfaat dalam dua keadaan:

  • Lepas kita mati, berapa waris kita dapat.
  • Bila kita nak menjual aset
Nilai yang semua waris kita dapat terima

Adakah kita meninggalkan hutang atau meninggalkan harta kepada waris?

Kita barangkali mendapat peace of mind setelah mengetahui waris yang ditinggalkan tidak hidup miskin dan papa kedana. Kita berasa lega apabila jika meninggal dunia, semua hutang dapat dibayar. Kita dapat membuat wasiat dengan memasukkan nilai harta yang dapat diwakafkan yang pahalanya berterusan dapat kepada kita lepas kita mati.

Tunai yang kita dapat bila jual aset

Aset dalam terma perakaunan adalah berbeza dengan aset yang perlu difahami semasa membuat keputusan melabur.

Rumah adalah aset jika kita merujuk kepada catatan akaun. Namun, rumah itu kita beli dengan berhutang kepada bank. Rumah itu kita tidak dapat sewakan. Rumah itu ada kos cukai dan penyelenggaraan. Harga rumah tidak semestinya naik dari tahun ke tahun. Malah tak mustahil nilai semasa rumah adalah lebih rendah dari nilai hutang semasa.

Dan yang paling teruk, rumah yang kita duduk kita tak boleh nak jual. Jika kita jual, maka kita nak duduk di mana? Maka, rumah yang bernilai 1 juta itu pun hanya kelihatan bernilai di atas kertas. Ya, kita mendapat perlindungan dari hujan dan panas. Namun, bagaimana nak manfaatkan nilai 1 juta itu semasa kita masih hidup?

Perkara yang sama berlaku dengan kereta. Malah kesannya lebih teruk kerana harga kereta sudah pasti turun dari tahun ke tahun.

Berapa yang kita terima setiap bulan?

Mengetahui nilai harta bersih adalah baik.

Apa yang lebih baik pula ialah nilai pendapatan yang kita terima. Pendapatan dapat diperoleh dari:

  • Pekerjaan – gaji, komisyen
  • Aset – dividen, sewa

Bagi orang muda yang baru memulakan hidup, majoriti besar tidak mempunyai apa-apa aset. Maka apa yang perlu dibuat ialah mencari satu sumber pendapatan terlebih dahulu. Bila dah ada sumber pendapatan, maka apa yang perlu difikirkan ialah membesarkan nilai pendapatan tersebut.

Bagi individu yang telah lebih 10 tahun bekerja, maka apa yang perlu dibuat sekarang ialah membuat pengiraan berapa banyak pendapatan yang dapat dijana dari aset tersebut.

 
——-
Webinar Saham PERCUMA
Klik & daftar di sini – pakdi.net/saham101

——-
Webinar Labur Saham secara FA
Klik & beli tiket di sini – pakdi.net/go

——-
Belajar FCPO
Klik & beli di sini – ebook Berani Tade