Sekiranya Berkemampuan, Minum Kopi RM10 Pun Ok

Saya merupakan licensed financial planner.

Fokus saya ialah membantu klien membuat keputusan yang bijak dalam pelaburan supaya mereka terus dapat buat perkara yang mereka suka.

Klien saya suka minum kopi mahal? Minumlah. Mereka tak perlu minta izin saya untuk perkara sedemikian.
.

Misalnya, business owner yang ada cash. Dia beritahu cash tersebut akan digunakan selepas 8 bulan.

Maka saya tunjukkan apakah pilihan short term instrument yang ada. Jenis yang tidak volatile. Modal tidak rugi. Apa yang tax free. Dan saya beritahu, pelaburan apa yang tidak sesuai untuk tujuan short term sebegitu.

Apa yang dia nak buat dengan cash itu tadi selepas 8 bulan berakhir bukan lagi urusan saya. Sebab business owner tadi lebih tahu apa yang dia perlukan untuk perniagaan, atau kehidupan dia dengan cash tersebut.
.

Begitu juga dengan individu yang nak capai duit persaraan yang mencukupi. Long term target.

Saya tunjukkan berapa ringgit yang perlu dilaburkan supaya duit persaraannya cukup dan dia dapat berhenti kerja dengan hati yang tenang.

Misalnya lepas buat kira-kira, berdasarkan investable asset yang ada, Dahlia perlu menyimpan RM 25 ribu setahun untuk mencapai sasaran persaraan. Saya membuat persetujuan dengan klien tentang perkara-perkara besar macam ini

Lepas dah berbuat demikian, masih ada lebihan tunai. Terpulanglah kepada Dahlia untuk buat apa yang dia suka.

Minum kopi mahal. Pergi bercuti. Beli designer handbag.

Itu bukan urusan saya. Itu gaya hidup Dahlia.

Kalau Dahlia pilih nak minum kopi RM 1 ringgit sahaja pun, itu urusan dia. Dahlia pilih untuk pakai kasut murah-murah sahaja pun itu hal dia. Dahlia tak mahu beli kereta, lebih selesa nak Grab sahaja pun, itu pilihan dia.

Dahlia tak perlu minta izin dari saya untuk perkara-perkara macam itu. Melainkan, bila dia buat perbelanjaan yang ‘luar biasa’ yang dapat menyebabkan investment plan dia lari. Maka waktu itu baru duduk dan bincang semula.
.

Apa yang penting, dia tahu berapa dia perlu simpan dan labur selepas dapat gaji tiap supaya matlamat kewangannya dapat dicapai. Selebihnya berbelanjalah ikut gaya hidup pilihan masing-masing.

Saya bantu mudahkan urusan kewangan khususnya dalam bab pelaburan supaya kalian dapat fokus dalam aktiviti lain yang kalian lebih suka buat.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: