Penasihat kewangan

Masalah biasa bila nak melabur ialah kita tak tahu nak melabur apa dan di mana. Terlalu banyak pilihan.

Nak beli saham, ada dekat 1,000 saham. Nak buka akaun saham, ada hampir 30 syarikat broker.

Nak beli unit trust, ada lebih 700 unit trust. Nak buka akaun dengan siapa? Ada dalam 40 syarikat unit trust.

Ini baru cerita saham dan unit trust. Kita ada bon / sukuk. ETF. REIT. Emas. Derivatif. Tak campur kalau nak berhasrat buat pelaburan di peringkat global. Memang beribu-ribu pelaburan nak kena kaji.

Sekiranya ada masa nak pergi kelas, belajar, buat kajian dan uruskan pelaburan sendiri, bagus. Namun, sekiranya seseorang itu tak ada masa untuk buat benda tu semua, apa yang patut dibuat?

Jangankan cerita nak beli, satu benda pasal pelaburan pun tak tahu.

Maka di sinilah fungsi seorang perancang kewangan berlesen yang dapat menjadi penasihat kewangan, khusus dalam aspek perancangan dan pengurusan pelaburan.

Perancang kewangan berlesen (licensed financial planner / financial planner representative) adalah berbeza dengan marketing representative, remisier saham, unit trust consultant, analyst, Shariah adviser, futures broker representative mahu pun fund manager.

Dua Jenis “Penasihat Kewangan”

Secara umumnya ramai pihak melabelkan seseorang yang bercakap pasal kewangan dan pelaburan ini ialah seorang “penasihat kewangan”. Tetapi bukan semua yang nampak seperti penasihat kewangan itu berlesen atau berdaftar.

“Penasihat kewangan” yang berlesen dan berdaftar secara mudahnya ada dua kategori. Pertama, mereka yang mewakili syarikat untuk memasarkan sesuatu produk pelaburan. Kedua, mereka yang mewakili klien untuk mendapatkan pelaburan yang sesuai.

Lesen saya jatuh dalam kategori “penasihat kewangan” yang kedua. Istilah yang lebih tepat ialah Capital Market Services Representative License (CMSRL) holders for financial planning. Juga disebut sebagai licensed financial planner (perancang kewangan berlesen) atau financial planning representative (FPR). Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Sebagai CMSRL holder, maka saya diberikan autoriti untuk memberikan nasihat berkaitan pelaburan untuk produk pasaran modal (capital market). Apa yang ada dalam pasaran modal? Meliputi pelbagai jenis kelas aset seperti ekuiti (saham), bon / sukukunit trust, wholesale fund, private retirement schemeexchange traded fundreal estate investment trust dan juga derivatives.

Berbeza dengan “penasihat kewangan” kategori pertama, mereka hanya dibenarkan untuk memberi nasihat kewangan dalam satu kelas aset sahaja.

Sebagai contoh, seorang unit trust consultant hanya ada autoriti dalam unit trust sahaja dan juga selalunya terhad kepada syarikat unit trust yang mereka wakili sahaja. Dalam erti kata lain, unit trust consultant dari syarikat A hanya dapat memasarkan produk-produk syarikat A sahaja.

Nota ini secara umumnya bagaimana saya dapat membincangkan pelabagai jenis produk untuk dibincangkan dengan klien:

Patut ke dapatkan khidmat perancang kewangan berlesen?

Dah pandai melabur sendiri, tak perlu.

Sekiranya ada masa untuk pergi kelas, mungkin tak perlu.

Sekiranya ada masa melabur sendiri lepas pergi kelas, mungkin tak perlu.

Memang ada masa nak monitor sendiri pelaburan tu, memang tak perlu.

Jadi perancang kewangan berlesen ini ialah untuk tuan puan yang nak kosongkan masa. Supaya perancang kewangan berlesen yang buat research seterusnya menguruskan portfolio pelaburan kalian.

Sila hubungi kami jika mahu bercakap dengan kami tentang perkara ini.