Angsa bertelur emas

Pada zaman dahulu ada seorang petani yang membela angsa. Satu hari, si petani mendapati angsa yang dibela itu mengeluarkan sebiji telur emas. Gembira bukan kepalang si petani mendapat telur emas.

Keesokan harinya, si petani mendapati angsa itu mengeluarkan lagi sebiji telur emas. Perkara ini berlaku pada setiap pagi. Seronok betul si petani tadi.

Tiba-tiba si petani terfikir, “Kalau tunggu angsa bertelur, sehari cuma sebiji. Entah-entah dalam perut dia ada banyak lagi telur emas. Lebih baik aku sembelih je. Dapat semua telur!”

Si petani tadi menyembelih angsa tadi dan melapah perutnya. Tapi tak ada apa-apa dalam perut angsa tadi melainkan isi perut. Maka menyesal si petani akibat perbuatan tamak tersebut.

Barangkali kita pernah membaca di mana-mana pasal cerita ini. Cerita angsa bertelur emas. Fable the goose with the golden eggs.

Dalam menguruskan pelaburan, kita perlu tahu apakah “angsa bertelur emas” kita. Angsa ini merupakan aset yang paling utama dalam portfolio pelaburan kita. Tanpa angsa ini maka keuntungan pelaburan kita adalah biasa-biasa aje.

Telur emas itu dapat kita laburkan semula. Buat beli harta lain pula. Maka harta kita pun terus bertambah. Dan bertambah. Terus bertambah. 

Bila kita sembelih angsa, maka kita pun hilang telur. Sebab dari angsa itulah datangnya telur. Ibunya sudah mati, mana mungkin ada telur yang keluar lagi.

Angsa bertelur emas Warren Buffett ialah syarikat-syarikat insurans seperti Geico dan General Re. Manakala untuk partner beliau, Charlie Munger pula ialah bank seperti Well’s Fargo.

Warren Buffet tidak menggunakan istilah angsa bertelur emas. Beliau sebut:

“The engine that has propelled our expansion since 1967.”

Ada banyak jenis angsa yang dapat kita pilih. Sepatutnya perkara ini dibincangkan semasa membuat perancangan pelaburan.

Kepada yang belum bermula, baca nota-nota di sini:

Tak Tahu Nak Melabur Apa? Saya Kongsi Lebih 10 Pelaburan Yang Ada di Malaysia

Kepada yang telah bermula, nota ini pula lebih membantu:

Urus Pelaburan Dengan Bijak

Dan yang paling penting, jangan disembelih angsa tu tanpa sebab yang munasabah. Jika tidak kita pasti menyesal tahap gaban macam si petani tadi.

Sekarang ini, apakah angsa emas dalam portfolio pelaburan tuan puan?


Baca Nota Pakdi menerusi emel: