Setiap sesuatu perkara itu mempunyai asas yang tersendiri.
Seperti warna, ada tiga warna asas. Merah, biru dan hijau. Kemudian dari 3 warna asas ini berkembang menjadi warna-warna yang lain.
Begitu juga bangunan. Bagi membolehkan Kuala Lumpur City Center (KLCC) setinggi 452 meter itu dibina, asas binaan sedalam 120 meter perlu dibuat terlebih dahulu.
Maka beitulah juga dengan kewangan. Asasnya kena betul. Kena bermula dengan menyimpan Supaya apa yang ada itu lama-lama menjadi berlipat kali ganda. Jika langsung tidak menyimpan, maka tidak ada kekayaan dapat dibina.
Maka apa yang perlu dibuat ialah mempunyai simpanan asas atau tabung kecemasan. Jumlahnya bersamaan dengan 6 bulan gaji.
- Gaji sebulan 3 ribu, tabung kecemasan 18 ribu.
- Gaji sebulan 6 ribu, tabung kecemasan 36 ribu.
- Gaji sebulan 12 ribu, kecemasan kecemasan 72 ribu.
Maka dengan adanya tabung ini, kita ada sejumlah wang tunai yang mencukupi untuk kita meneruskan hidup seperti biasa untuk tempoh 6 bulan. Sekiranya berlaku perkara yang buruk, kita masih dapat bertenang dan tarik nafas seperti biasa.
Jika tidak mahu gunakan pendekatan gaji 6 bulan sebagai tabung kecemasan pun boleh. Cukupkan sahaja tabung kecemasan sebanyak 100 ribu.
Accumulating the first $100,000 from a standing start, with no seed money, is the most difficult part of building wealth. Making the first million was the next big hurdle. To do that, a person must consistently underspend his income. Getting wealthy, he explains, is like rolling a snowball. It helps to start on the top of a long hill—start early and try to roll that snowball for a very long time.
Charlie Munger
Berikut adalah kaedah-kaedah yang dapat dibuat untuk membina tabung kecemasan:
(1) Buat arahan tetap supaya setiap bulan supaya potong 10 peratus dari duit gaji masuk ke dalam tabung kecemasan. Lagi tinggi potong lagi cepat penuh.
(2) Simpan si hijau. Setiap kali dapat duit RM 5 maka asingkan siap-siap. Sampai rumah terus simpan dalam tabung khas.
(3) Upgrade ke simpan si oren. Bila dah rasa teknik ‘Simpan Si Hijau’ tak cukup mencabar, maka cabar diri untuk simpan duit RM 20 pula.
(4) Simpan syiling. Buat tabung khas di rumah untuk kumpul duit-duit syiling yang diterima selepas berbelanja.
(5) Langsai hutang kad kredit secepat mungkin. Pakai kad kredit, swipe dan terus buat pembayaran secepat mungkin. Hutang kad kredit menimbun langsung tak membantu mempercepatkan proses membina tabung kecemasan.
(6) Buat belanjawan. Setiap bulan rancang perbelanjaan dengan cermat. Gunakan kaedah sampul untuk berbelanja pun boleh. Susun 50-30-20 pun boleh.
(7) Tambah perbelanjaan. Buat bisnes kecil-kecilan. Yang bemodal rendah. Margin untung tak tinggi pun tak mengapa. Tapi mesti jenis boleh repeat sales cepat.
Selesai satu perkara.
Seterusnya, simpanan kecemasan itu nak buat di mana? Ini pilihan yang ada.
(b) Akaun simpanan tetap (fixed deposit). Buka dengan bank.
(c) Money market fund. Sejenis unit trust. Boleh buka akaun secara online.
Selepas dah cukup, maka dah boleh fokus kepada aktiviti melabur pula. Membina tabung kecemasan memang perlukan disiplin. Kena bersusah payah. Ini kerana disiplin yang kita dapat semasa membina tabung kecemasan ini dapat digunakan pula semas melabur.
Ini lah asas kewangan yang semua kena buat. Dan bukannya mencuba nasib melebur sana melebur sini dengan simpanan 1 ribu kononnya boleh berganda jadi 1 juta.