Mahu Melabur Tapi Nak Tahu Status Patuh Shariah Dulu? Ini Panduannya.

Rukun Islam ada lima:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat 5 waktu
  3. Membayar zakat
  4. Berpuasa
  5. Mengerjakan haji

Sekurang-kurangnya dua dari lima rukun Islam ini ialah berkaitan dengan harta kekayaan. Dua perkara itu ialah (1) zakat dan (2) haji.

Kewajipan berzakat itu adalah disebabkan oleh kekayaan. Umpamanya zakat ke atas kambing. Jika baru ada 20 ekor, belum wajib zakat. Tapi bila sudah ada 40 ekor waktu itu barulah sudah jadi orang kaya, maka sudah wajib berzakat. Orang yang miskin tidak wajib berzakat.

Haji juga diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan sahaja. Salah satu kemampuan itu ialah kemampuan dari sudut harta. Iaitu tiket nak pergi ke Mekah, kos nak hidup sepanjang berada di tanah suci dan harta untuk menampung makan minum tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.

Untuk menyempurnakan kedua-dua rukun ini, maka sumber pendapatan, kekayaan yang digunaan untuk dibelanjakan perlu lah dari sumber yang bersih dan juga halal.

Alhamdulillah kita di Malaysia mempunyai dua badan utama yang mengawal selia halal dan haram dalam urusan kewangan kita melalui:

  1. Bank Negara Malaysia (perbankan Islam & takaful)
  2. Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia (pasaran modal Islam)

Baca nota: 7 cara elak riba dalam urusan seharian

Disebabkan market regulation yang wujud, maka semua produk pelaburan berlesen di Malaysia, sudah ada status sama ada Shariah compliant atau pun tidak. Berikut ialah panduan yang dapat tuan puan ikut:

(1) Collective Investment Scheme seperti:

(a) Pelaburan seperti ASB, ASB2, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

(b) Mahupun unit trust, private retirement scheme, wholesale fund.

(c) Begitu juga dengan equity crowd funding (ECF) atau peer to peer financing (P2P)

Maka, sila rujuk laman web rasmi, atau dapatkan prospectus untuk lihat sama ada mereka mempunyai Shariah advisor atau pun tidak. Jika ada disebutkan, maka pelaburan itu adalah patuh Shariah.

(2) Manakala untuk pelaburan di Bursa Malaysia seperti.

(a) Exchange traded fund (ETF) dan real estate investment trust (REIT).

(b) Saham

Maka bukalah akaun dagangan saham patuh Shariah. Secara automatik pelabur saham selamat dari terbeli yang tidak patuh Shariah. Jika tidak, kena sentiasa rujuk senarai yang dikemaskini oleh SC dua kali setahun, iaitu pada hujung bulan Mei dan November.

Bagi warrant pula, setakat ini hanya untuk warrant biasa sahaja mengikut status kepatuhan Shariah mother share. Jika mother share patuh Shariah, maka warrant itu juga patuh Shariah.

Sebaliknya untuk structured warrant. Masih ada isu shariah yang perlu diselesaikan itu deliverability of the share.

(3) Untuk pelaburan fixed income:

(a) Melibatkan bon atau sukuk. Sekiranya dinamakan sukuk maka itu ialah pilihan yang patuh Shariah. Dalam erti kata lain, sukuk ialah bon yang patuh Shariah.

(4) Untuk produk derivatif seperi pasaran hadapan (futures market) pula:

(a) Maka pilihan yang patuh Shariah ialah FCPO – crude palm oil futures. Alternatif yang baik untuk dagangan forex. Single stock futures (SSF) mengikut panduan yang sama seperti warrant.

(5) Untuk cryptocurrency pula, nota ni ada info lanjut – hukum beli cryptocurrency di Malaysia

Kesemua ini saya dapat senaraikan dengan mudah kerana di Malaysia kita ada panduan yang sangat mudah. Kesemuanya telah dikawal selia oleh SC.

Apa yang sukar ialah pelaburan luar negara. Maka, selagi tidak ada pengesahan patuh Shariah dari pihak yang berautoriti / Shariah advisor / penasihat Shariah maka jauhkan lah pelaburan tersebut.

Sesungguhnya mencari kekayaan dengan jalan patuh Shariah ini adalah ujian bagi kita semua. Elakkan dari mengambil pendapat satu-satu ustaz atau individu secara peribadi. Berpeganglah kepada Shariah certification atau fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana panel Shariah secara kolektif.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: