Rancang pelaburan

Musim cuti sekolah. Nak pergi bercuti. Tak lama pun. Cuma 3 hari 2 malam. Bukan seminggu. Bukan sebulan. Tapi kita tetap rancang baju apa nak pakai. Baju apa anak-anak nak pakai. Pasangan kita pula baju macam mana.

Itu nak bercuti. Baru bab pakai. 3 hari aje pun. Dan tetap ada perancangan. Jadi apa yang menyebabkan kita tak perlu merancang pelaburan? Sedangkan pelaburan yang kita buat hari ini lah yang dapat menggantikan gaji kita pada masa hadapan. 

Pelaburan bukan sekadar nak melabur apa. Unit trust apa yang bagus. Saham apa yang boleh untung cepat. Emas ke ASB? Persoalan-persoalan seperti itu hanyalah sebahagian dari apa yang kita perlu buat sepanjang kita menguruskan pelaburan

Sekurang-kurangnya ada 5 perkara yang menyebabkan portfolio pelaburan kita jadi rojak pasembur. Eh, rojak pasembur pun sedap juga. Ok, portfolio seumpama sepinggan sate ayam berkuahkan aiskrim vanila strawberry. Hm… apa rasanya ya?

Satu melabur tak ada halatuju

Kenapa nak melabur?

Nak duit selamat setiap masa, nak dapat pendapatan tetap, mahu kenaikan modal yang berpatutan atau mahu untung yang besar?

Dua jadi pelabur yang tak ada profil risiko. Semua orang melabur sebab nak buat untung. Takde orang melabur sebab nak buat rugi. Dan secara umumnya produk yang lebih berisiko tinggi yang dapat memberikan untung yang lebih besar.

Jadi pelabur ini terbahagi tiga. Jenis konservatif, seimbang atau agresif. Jika baru paper loss 10 peratus dah bising-bising, itu belum cukup agresif. Sembang je lebih. Hik hik hik. Jangan sembang kencang sangat sebelum buka akaun. Letak duit dulu. Baru tahu saat dilambung ombak tu macam mana rasanya.

Maka sesuaikanlah pelaburan yang kita buat sesuai dengan profil risiko. Masa buat penilaian risiko tu, berlaku jujur kepada diri sendiri.

Tiga tak bina portfolio pelaburan dengan betul. Macam mana nak bina jika tak ada halatuju dan tak pernah tahu profil risiko diri sendiri. 

Pelabur yang nak duitnya sentiasa selamat portfolio pelaburannya adalah berbeza dengan mereka yang nak untung besar.

Manakala mereka yang agresif pula akan jika duit banyak sangat letak dalam kenderaan yang perlahan akan jadi bosan.

Empat malas nak buat kerja rumah. Rumah tu kena kemas juga. Buang barang yang tak perlu. Kereta kena dibasuh. Jangan kumpul sampah.

Dunia pelaburan ni dinamik. Prinsip asas iaitu untuk jangka panjang ialah ekuiti memberikan lebih untung dari aset berpendapatan tetap adalah kekal dan tidak berubah. Namun, strategi dan taktik dapat berubah-ubah mengikut keadaan pasaran semasa.

Kena sentiasa menyelia pelaburan sendiri dengan banyak membaca dan mengulang kaji perkara yang berkaitan dengan pelaburan.

Lima. Dalam bola sepak ada satu benda yang disebut sebagai transitional play. Cara main dari fasa menyerang kepada fasa bertahan dan sebaliknya. Main bola ni bukan sepanjang 90 minit tu dapat tendang bola.

Jadi bila sebut jadi pelabur, bukannya 25 jam kena tengok dan fikir pasaran. Buy buy buy! Sell sell sell! Ada masa pelabur wajib selesa sit on cash and do nothing. Ha ha ha. Turu wae kang! (Ni bukan typo, siapa tahu maksudnya dia power!)

Sebagai pelabur kita perlu tahu seimbangkan posisi menyerang dan bertahan, dari masa ke masa. Jual apa yang perlu. Beli apa yang patut.

Fikir balik pasal pelaburan kita selama ni. Ada tak buat 5 perkara ni sepanjang kita melabur. Objektif. Profil risiko. Portfolio construction. Selia. Seimbang. Bila sebut 5 perkara ni kita blurrrr sah tak ada perancangan pelaburan!

Hai… kita pergi kerja punnnn pakai Waze… hik hik hik.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: