Saham Sebagai Income Replacement

Selalu kita dengar insurans atau takaful berfungsi sebagai income replacement. Dan saham juga dapat jadi income replacement. Bagaimana?

Income replacement adalah penggantian pendapatan i.e gaji. Maksudnya, dengan adanya income replacement ini walaupun sudah tak dapat gaji, kita masih dapat meneruskan hidup dan berbelanja macam biasa.

Takaful menawarkan income replacement dalam situasi seperti kemalangan, sakit dan juga kematian. Namun, sekiranya kita diberikan rezeki kesihatan dan umur yang panjang maka income replacement itu tidak berlaku. Ya, semua orang mati. Dan bila berlaku kematian, yang merasa manfaat income replacement itu adalah waris-waris kita.

Namun takaful tidak dapat memberikan income replacement untuk situasi seperti kena buang atau berhenti kerja, mini retirement sebab dah burnout atau sudah sampai masa untuk bersara. Sedangkan kita masih perlu teruskan hidup dan bayar hutang yang masih ada.

Maka sebab itulah kita kena tahu menggunakan alat kewangan yang betul. Apa sebenarnya kegunaan takaful dan apakah kegunaan pelaburan macam saham. Takaful fungsi utamanya adalah perlindungan. Manakala pelaburan tujuan yang paling utama adalah menambah kekayaan. Setiap satunya ada fungsi tersendiri.

Jika takaful adalah sejumlah sumbangan atau dalam istilah insurans, premium yang perlu dibayar, begitu juga pelaburan. Ada modal yang perlu kita peruntukkan setiap bulan atau setiap tahun untuk tujuan pelaburan.

Sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita tak rasa kepentingan keduanya sampailah tiba-tiba kedengaran guruh yang kuat seterusnya hujan lebat. Waktu itu sudah terlambat.

Jadikan saham sebagai income replacement yang kedua dari sekarang. Jangan bergantung kepada satu sumber sahaja. Ada yang sebut bina passive income. Ada yang kata buat retirement fund. Tak ketinggalan second source of income. Terus bermula dengan buka akaun.

“Perlindungan” yang dapat disediakan oleh pelaburan saham adalah perlindungan dari inflasi. Inflasi ini wujud cuma tak nampak. Tahu-tahu aje barang dah mahal. Waktu itu kita pun mengeluh tak mampu lagi mengekalkan gaya hidup. Khususnya apabila sudah tidak ada lagi gaji.

Sementara kita masih ada gaji, tak perlulah kita beriya makan buahnya dulu i.e. dividen. Jadikannya biji benih. Tanam semula atau reinvest semula tiap keuntungan yang diterima sehinggalah sampai masa yang mana kita tidak lagi menerima gaji tiap bulan. Atau, pendapatan dividen itu tadi sudah menyamai gaji dan perbelanjaan tahunan kita. Ketika itu kita sudah ada pilihan untuk berhenti kerja.

Ramai pelabur kurang mengambil berat tentang dividen. Sedangkan keuntungan pelaburan saham bukan sekadar pasal harga saham dah naik. Maka dividen yang diterima perlu dicatat dengan baik dan juga uruskan dividen yang diterima dengan betul.

Pekerja sektor swasta tidak berpencen. Penjawat awam pula tidak boleh terlalu selesa. Ini kerana sudah banyak kali perbincangan berkaitan pertukaran model pencen di negara kita. Menggunakan alasan biasa kerajaan, “Kita buat perkara ini sebab negara-negara lain semua dah berubah,” Kih kih kih. 

Ya, model pencen yang ada ini tidak tahu lah sampai bila dapat terus sustainable. There ain’t no such thing as a free lunch. Sekarang ini kerajaan yang bayar, tapi sampai bila kerajaan mampu bayar seorang diri?

Jika kita ada duit tunai 200 ribu banyak atau tidak? Bergantung kepada beberapa faktor.

KWSP menetapkan pada usia 55 tahun, simpanan asas yang perlu ada ialah sebanyak RM 228 ribu. Ini membolehkan ada ‘income replacement’ sebagai 950 ringgit sebulan untuk tempoh 20 tahun. Dan cuma 22 peratus sahaja yang ada simpanan asas yang mencukupi, itu pun dikatakan ramai yang cuma bertahan untuk tempoh 5 tahun sahaja.

Ya, simpanan 228 ribu hanya dapat beri kita 950 ringgit sahaja sebulan untuk tempoh 20 tahun. Jadi, berapakah gaji yang kita terima dan dihabiskan setiap bulan sekarang?


Baca Nota Pakdi menerusi emel: