Perkara Mudah Yang Sering Dilupakan Pelabur

Pelabur sering hilang fokus. Boleh jadi disebabkan berita-berita dan isu viral berkaitan ekonomi dan kewangan. Dan kita sibuk berdebat mengenainya. Hari ini media sosial dipenuhi banyak perkara yang tidak penting seperti itu. Ini menyebabkan pelabur tidak melakukan perkara-perkara yang lebih utama.

It would be very useful to know what the market is going to do. But unfortunately, of all the market corrections that have ever come, no one has been able to predict them.

Peter Lynch

Berikut ialah perkara mudah yang patut dibuat tetapi sering dilupakan pelabur.

1) Lihat portfolio secara keseluruhan. Kira semua aset yang ada. Tunai, fixed deposit, ASB, TH, saham, amanah saham, hartanah, emas, EPF. Apa-apa sahaja aset yang kita ada. Dari sini kita dapat melihat sejauh mana liquidity, jenis harta ada dan prestasi pelaburan.

Kita mungkin ada beli saham yang harganya meningkat 100%. Tetapi jika nilai saham yang dibeli itu nilainya tidak sampai 1% dari keseluruhan aset yang ada, maka keuntungan pelaburan saham itu sebenarnya tidak memberi impak yang besar pun kepada nilai aset bersih.

Nak tahu apakah pelaburan terbaik? Jawapan sebenarnya adalah bergantung kepada portfolio kita secara keseluruhan.

2) Membuat asset allocation. Ramai pelabur ‘takut’ melabur saham disebabkan pergerakan harga saham yang volatile. Pergerakan harga saham merupakan sebahagian dari market risk dan dapat diuruskan melalui asset allocation.

Asset allocation membantu pelabur menentukan modal yang bersesuaian dengan situasi kewangannya. Berapa peratus yang patut dilaburkan dalam pasaran saham. Berapa peratus yang patut dilaburkan dalam instrumen fixed income. Maka pelabur tidak menjadi panik sekiranya berlaku kejatuhan harga pasaran.

3) Kira pulangan. Semua orang melabur untuk dapat return. Malangnya, bukan semua pelabur mengira keuntungan pelaburan sendiri. Kita sering over estimate kemampuan diri sendiri. Menjejak prestasi pelaburan dapat membantu kita sentiasa berpijak di dunia yang nyata.

Selain itu kita dapat mengetahui adakah apa yang dibuat selama ini berbaloi atau pun tidak. Pelaburan tidak dinilai dari ‘kerja keras’. Jadi jika ada cara yang dapat untung yang sama dengan risiko lebih rendah, maka tidak berbaloi mengambil lebih risiko.

4) Menetapkan tempoh masa. Untuk gandakan simpanan dalam tempoh 10 tahun adalah lebih mudah berbanding tempoh 1 tahun. Apabila pelabur mahu mendapat untung dalam tempoh yang cepat menyebabkan banyak keputusan salah dan bodoh dibuat.

Pelabur sepatutnya mempunyai sistem pelaburan yang dapat mengurangkan emosi. Nak beli apa-apa pelaburan itu mudah. Yang susah adalah selepas pelaburan itu dah dibuat. Kita perlu buat keputusan menjual. Kita perlu membuat rebalancing.

5) Tambah simpanan dan labur. Walaupun telah melabur, pelabur masih perlu menambahkan simpanan mereka dari tahun ke tahun sehinggalah sasaran yang diinginkan dapat dicapai. Ini perbezaan antara pelabur yang hanya melabur dengan modal permulaan sahaja dan pelabur yang sentiasa menambah modal.

Pelabur yang tidak menambah simpanan:

Pelabur yang menambah simpanan:


Belajar urus wang dan melabur - Ebook + video Berani Labur @ Lebur.

Suzardi Maulan, IFP

Pakdi.net merupakan blog peribadi saya tentang topik kewangan dalam Bahasa Melayu. Saya membantu individu melabur dan menguruskan pelaburan mereka. Selanjutnya baca di sini