Apakah pelaburan terbaik?

Pelaburan terbaik ialah pelaburan yang menyebabkan kuasa membeli kita (1) kekal dan (2) bertambah pada masa depan. Justeru kita melabur untuk mencapai tujuan tersebut.

Maka soalan yang perlu dijawab ialah apakah yang menyebabkan kuasa membeli kita habis? Jawapannya ialah inflasi. Dalam erti kata lain, inflasi menyebabkan kita terpaksa bayar lebih untuk barang atau servis secara agregat.

Berapakah kadar inflasi di Malaysia? Berdasarkan kiraan 2011-2020 kadarnya ialah 1.77%

Dalam kiraan yang mudah, duit simpanan kita perlu disimpan dalam produk kewangan yang memberikan pulangan sekurang-kurangnya 2% setahun.

(1) Untuk mengekalkan kuasa membeli maka kita dapat menyimpan dalam produk seperti money market fund, fixed deposit, Tabung Haji dan sukuk fund.

Seterusnya, bagaimana untuk menambah kuasa membeli pula? Maka untuk menjawab soalan ini perlu melihat kepada data prestasi pelaburan yang lepas.

Baca: Prestasi pelaburan 2020

Maka berdasarkan data yang lepas, berikut ialah pulangan dalam tempoh yang sama ialah:

  • Indeks 100 saham utama Malaysia: 7.83%
  • Indeks saham medium to small cap Malaysia: 9.26%
  • Pasaran US: 12.78%
  • Emas: 2.57%

Sekali imbas, all in dalam pasaran US sejak 10 tahun lepas merupakan pelaburan terbaik. Tetapi realitinya, bukan mudah untuk all in dalam pasaran US sejak 2011. Ini kerana pasaran saham pasti jatuh.

Berikut adalah rekod kejatuhan yang berlaku dalam pasaran US sejak 2009:

Sekadar melihat past performance memang mudah membuat keputusan pelaburan. Sekadar atas kertas.

Namun setelah meletakkan duit betul dalam pasaran, maka setiap kali berlaku kejatuhan harga seperti di atas, maka sudah tentu kita pasti berkira-kira untuk cut loss sahaja. Dan past performance does not guarantee future performance.

Maka untuk (2) menambah kuasa membeli kita perlu melabur dengan mengikut asset allocation yang ditetapkan dalam polisi pelaburan. Ini contoh mudah asset allocation.

Sebagai pelabur kita dapat mengawal emosi dengan lebih baik sekiranya kita membuat asset allocation yang wajar.
.

Jadi bila ada yang bertanya pasal “apakah pelaburan terbaik”, sebenarnya soalan sebenarnya ialah “beritahu saya pelaburan yang pasti bagi keuntungan paling tinggi tanpa perlu mengambil apa-apa risiko.”

Maka tiada jawapan bagi soalan tersebut.

Sesungguhnya pelaburan terbaik itu ialah pelaburan yang kita sudah uruskan risikonya melalui polisi pelaburan, dan kita ikut polisi tersebut baik ketika pasaran menaik mahupun pasaran menurun.

Baca: Merancang untuk rugi


Baca Nota Pakdi menerusi emel: