Nilai aset bersih

Bagaimana nak tahu nilai kekayaan kita? Caranya ialah dengan mengira nilai aset bersih (net worth). Ada juga yang menyebutnya sebagai nilai ekuiti.

Apa yang penting ialah kita faham kiraan ini adalah untuk mengira berapa nilai harta selepas tolak nilai hutang.

Harta – hutang = nilai aset aset bersih

atau,

Asset – liabilities = net worth

Bila mengira net worth kita akan menilai senarai-senarai harta yang kita ada seperti:

  1. Tunai
  2. Aset cair selain tunai
  3. Rumah
  4. Kereta
  5. Barang kemas
  6. Dan seterusnya

Kemudian kita kira berapa baki hutang yang ada:

  1. Kad kredit
  2. Pembiayaan peribadi
  3. Pembiayaan pelaburan seperti pembiayaan ASB
  4. Pembiayaan rumah
  5. Pembiayaan kereta
  6. Dan seterusnya.

Jadi, sekiranya semua harta yang kita ada bernilai 900 ratus ribu dan nilai hutang ialah 400 ratus ribu, maka nilai aset bersih ialah 500 ribu. Namun, secara realiti net worth hanyalah satu anggaran dan bermanfaat dalam dua keadaan:

  • Lepas kita mati, berapa waris kita dapat.
  • Bila kita nak menjual aset

(1) Nillai yang semua waris kita dapat terima

Adakah kita meninggalkan hutang atau meninggalkan harta kepada waris?

Kita barangkali mendapat peace of mind setelah mengetahui waris yang ditinggalkan tidak hidup miskin dan papa kedana. Kita berasa lega apabila jika meninggal dunia, semua hutang dapat dibayar. Kita dapat membuat wasiat dengan memasukkan nilai harta yang dapat diwakafkan yang pahalanya berterusan dapat kepada kita lepas kita mati.

(2) Tunai yang kita dapat bila jual aset

Rumah secara mudahnya ialah aset jika kita merujuk kepada catatan akaun.

Tapi bila kita nak menjual rumah tersebut, dan rumah tersebut masih dalam tempoh pembiayaan bank maka apa yang kita dapat ialah selepas tolak baki hutang sedia ada.

Kereta juga secara mudah ialah aset. Namun berbeza dengan rumah, nilai kereta pasti berlaku susut nilai yang teruk.
.

Mengetahui nilai aset bersih adalah baik. Dan analisa kewangan perlu lah dibuat sekali dengan aliran tunai. Barulah kita boleh tahu adakah aset yang kita beli itu berkualiti atau pun tidak.


Seterusnya, baca:

Dapatkan terus Nota Pakdi di emel: