Melabur Dalam Pasaran Saham US melalui Bursa Malaysia

Dalam dunia yang serba connected ini, melabur dalam pasaran global adalah satu tindakan yang baik. Ini membolehkan kita melabur dalam market leader dalam pasaran global itu sendiri.

Bagaimana pelabur dapat mengambil manfaat dari pelaburan global walaupun bermodal kecil? Maka jawapannya adalah melabur dalam MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (MyETF-US50)

ETF adalah singkatan kepada exchange traded fund. Senang cerita, ETF adalah “unit trust” yang tersenarai di Bursa Malaysia. Yang mana cara belinya sama macam beli saham. Kena ada akaun yang sama macam pelaburan saham.

MyETF-US50 ini telah pun disenaraikan pada 28 Februari 2018. USD denominated. Satu produk yang baik untuk pelabur yang mahu exposure kepada pasaran global khususnya Amerika Syarikat.

Antara saham yang dibeli oleh ETF ini ialah:

  1. Apple Inc
  2. Microsoft Corporation
  3. Facebook Inc A
  4. Alphabet Inc C
  5. Alphabet Inc A
  6. Johnson & Johnson
  7. Visa Inc A
  8. Procter & Gamble
  9. Exxon Mobil Corporation
  10. Intel Corporation

Sekiranya nak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan dalam ETF seperti ini adalah produk untuk pelabur yang gemar kepada passive investment strategies. Ini kerana kebanyakan ETF adalah index tracking.

Kewujudan ETF ini adalah baik lebih-lebih lagi sekiranya pasaran saham tempatan mendung sahaja, jadi portfolio kita dapat mempunyai lebih kepelbagaian.

Sekiranya dah ada akaun dagangan saham dan syarikat broker dapat menyediakan conversion Ringgit ke USD maka kita dah boleh melabur dalam MyETF-US50.

Prestasi MyETF-US50

Nota ini dikemaskini pada Januari 2020.

Pada tahun 2019, pulangan yang dicatatkan ialah sebanyak 34.74%

Sudah tentu nak dibandingkan dengan indeks pasaran saham Malaysia melalui MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend atau MYETF DJ Islamic Malaysia Titans 25 maka prestasi MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (USD) adalah jauh lebih baik.