John Bogle: Pengasas Pelaburan Saham Berasaskan Indeks

Labur $10 ribu dalam Vanguard 500 Index Fund dari 1976, hari ni dah jadi lebih dari $720 ribu.

Setiap $10 ribu yang dilaburkan sejak 10 tahun lepas dah jadi sekitar $34 ribu. 

Kenapa Pelaburan Saham Indeks Ada?

Nak upah orang urus duit kita ada kos. Eh, engko ni. Makan telur mata hangus kat kedai pun kena bayar, inikan suruh beli saham.

Kalau dapat PE fund yang diuruskan oleh Mark Markkulla, investment partnership diuruskan oleh Warren Buffett atau mutual fund yang diurus oleh Peter Lynch memang berbaloi.

Keduanya, waktu money managers macam tu baru nak up, siapa yang nak percaya mereka dapat bagi return yang sangat tinggi?

Encik Buffett dapat modal awal $105,100 ribu je. Encik Lynch mewarisi $18 juta aset je itu pun ada redemption. Lepas 3 tahun baru pelabur start beli semula fund tu. Ciput sangat nak banding bila orang dah mula tau depa tu power.

Itu yang mendorong John C Bogle memperkenalkan strategi pelaburan yang berbeza.

Siapa John Bogle?

Encik Bogle mula bekerja dengan Wellington Fund lepas habis belajar pada tahun 1951.

1974, Encik Bogle menubuhkan Vanguard. 1976, dia memulakan apa yang dinamakan sebagai pelaburan indeks melalui First Index Investment Trust dan kini dikenali sebagai Vanguard 500 Index Fund.

Strategi pelaburannya ‘buy the market’.

Contohnya Vanguard 500 Index Fund ni beli semua syarikat dalam S&P500.

Indeks Adalah Pelaburan Secara Pasif

Bila Encik Buffett & Encik Lynch nak melabur, dia akan tengok syarikat tu bagus tak bagus. Tapi Encik Bogle tak buat macam tu. Dia kata bagi pelabur biasa susah nak beramal macam Encik Buffett dan Encik Lynch. Malah, money managers profesional pun ramai je yang tak buat untung pun untuk klien lepas tolak kos.

Jadi, dari kita jadi aktif buat analisa syarikat satu persatu, kita tutup mata je dan terus beli ajelah semua syarikat yang ada!

Bagusnya strategi ni, siapa-siapa yang jadi fund manager pun tak kisah. Sebab strateginya simple. Kos mengurusnya (sepatutnya) lebih rendah.

Tapi untuk strategi pelaburan lain, sebenarnya banyak bergantung kepada money managers / fund managers tu jugak. Sebab pelaburan sebenarnya adalah kombinasi art & science.

Cuma untung pelaburan indeks tidak lah setinggi kalau duit kita dapat diuruskan oleh money managers yang berbakat dan berkemahiran.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: