Saham Yang Paling Menguntungkan

Warren Buffett, 88, mula membeli saham Berkshire Hathaway (BRK) pada tahun 1962 pada harga $7.50, dan hari ini saham kelas A BRK berharga sekitar $300 ribu. Ya, tak salah titik perpuluhan.

Saiz pasaran BRK hari ini ialah sekitar $484 bilion.

Jadi, bila beli 1000 unit saham BRK, modal baru 7,500. Bila harga dah naik harga jadi, 300 ribu sesaham. Wow. Jadi 300 juta. Untung betul para pelabur saham Berkshire Hathaway ni.

Warren Buffett Membeli Syarikat Yang Beroperasi

Walaupun begitu Encik Buffett bukan pengasas BRK. Syarikat ini dah ada sejak 1839. Dia mengawal 31.7% syarikat ini.

Pelaburan saham adalah sebahagian dari operasi bisnes BRK. Operasi bisnes BRK adalah lebih dari sekadar “main saham”.

Berbeza dengan money managers yang lain, Encik Buffett akhirnya menggunakan kenderaan berbentuk investment holding company iaitu Berkshire Hathaway Inc.

Kebiasaannya money managers menggunakan hedge fund, closed-end fund, ETF, managed account dan sudah tentu lah mutual fund (unit trust).

Mula Mengurus Duit Pelaburan Orang

Pada 1956, Encik Buffett mula menguruskan duit orang lain menerusi Buffett Associates Ltd, dengan meniru model bisnesnya cikgunya Ben Graham.

Zaman sekarang model pelaburan macam ini selalunya disebut sebagai hedge fund, atau managed account.

Ada 7 orang pelabur awal iaitu:

  1. Keluarga Dr Thompson
  2. Kakak Doris
  3. Makcik Alice
  4. Kawan sekolej Encik Peterson
  5. Emak Encik Peterson – makcik Elizabeth
  6. Kawan sepermainan, Encik Monen yang juga seorang peguam
  7. Encik Buffett sendiri.

Tips Untuk Pelabur

Ada tips penting untuk anda para pelabur dalam cerita ini.

Apakah orang yang ajak anda untuk melabur sana sini tu sebenarnya melabur di tempat yang sama? Ke mereka sibuk suruh kita beli unit trust, saham, PRS dan lain-lain tapi diorang sendiri sekadar letak duit dalam ASB dan Tabung Haji aje?

Permulaan Kecil Sebelum Jadi Besar

Dengan $105,100* sebagai modal permulaan, maka bermulalah perjalanan Encik Buffett sebagai money managers pada usia 26 tahun!

Lama-lama pelabur pun bertambah dan ada yang beri sehingga $120 ribu dan pada 1962, perkongsian pelaburan itu bernilai $7 juta dan pada 1966 Encik Buffett pun menutup pintu untuk pelabur baru.

Pada Mei 1969, ketika Malaysia sedang mengalami krisis perkauman, perkongsian pelaburan ini ditutup dan kesemua pelaburannya diuruskan melalui BRK – iaitu investment holding company.

*100 ribu zaman tu macam 1 juta+ hari ini.

Berjumpa Dengan Charlie Munger

Charlie Munger merupakan rakan kongsi kepada Warren Buffett. Memegang jawatan sebagai Vice Chairman Berkshire Hathway. Latar belakang beliau ialah seperti berikut:

  • Merupakan seorang peguam, nama firma guamannya ialah Munger, Tolles & Olson LLP.
  • Dia juga terlibat dalam projek-projek hartanah.
  • Dari situ dia jadi kaya raya dan selepas itu barulah dia menjadi partner kepada Warren Buffett dalam Berkshire Hathaway.

Sebelum Warren Buffet berjumpa dengan Charlie Munger, beliau merupakan pelabur klasik value investing. Mesti nak beli saham tu pada harga diskaun. Tapi selepas dah jumpa Charlie Munger, pendekatannya berubah menjadi:

Buy wonderful companies at fair price

Kenapa Kenderaan Investment Holding?

Pada 2010, Encik Buffett mengakui keputusannya untuk mengawal BRK adalah satu kesilapan. Silap-silap pun billionaire juga. Ho ho ho.

Tapi salah satu sebab kenapa Encik Buffett memilih kenderaan investment holding ialah dia tak suka para pelabur buat bising kalau pasaran saham jatuh.

Dengan struktur BRK yang sahamnya dijual di pasaran saham, bila pelabur tak suka apa yang Encik Buffett buat, pelabur blah jela dengan jual sahaja saham BRK melalui pasaran saham.

Sehingga tahun lepas, Encik Buffett melalui pasaran saham membeli saham syarikat-syarikat ini antaranya:

  • American Express
  • Apple
  • Coca Cola
  • Bank of America
  • BYD

Manakala syarikat yang dikuasai 100% melalui direct acquisition antaranya:

  • See’s Candies
  • Geico
  • Burlington Northern Santa Fe Corporation
  • Duracell
  • General Re

Baca Nota Pakdi menerusi emel: