Greed & Fear

Pelaburan didorong oleh emosi. Psikologi. Berapa peratus? Saya tak tahu tapi ia besar. Dan pelaburan ini yang pasti bukan sekadar menjawab soalan – nak labur kat mana. Faktor psikologi juga adalah sangat penting.

Apa yang mendorong seseorang pelabur membuat keputusan. Dua perkara. Orang Jawa kata greed and fear. Tamak dan takut. Macam kuasa kompaun, kemampuan kita memahami greed and fear dengan baik dapat menjadikan poket kita tebal. Jika tidak, duit kita habis macam tu aje.

Pelaburan seperti emas dan bitcoin kebiasaannya melibatkan fear. Apa akan jadi jika duit kertas _______ (berita buruk). Pelaburan seperti ekuiti pula melibatkan greed. PTPTN dihapuskan (berita gembira). Anak muda ada duit lebih untuk berbelanja. Saham yang berpotensi naik ialah (1)… (2)… (3)…

Saya bercerita pasal greed dahulu.

Tamak didorong oleh perasaan dan keinginan nak buat duit. Ada ke orang yang tak nak jadi kaya? Siapa-siapa yang ada keinginan nak beli kereta dan rumah sebenarnya bukan – Ala, Pakdi. Saya ni biasa-biasa je. Ada rumah sendiri untuk keluarga dan kereta nak pergi sana sini cukuplah – kerana itulah tanda kita nak kepada kekayaan. 

Yang membezakan ialah sama ada kita beli secara cash atau berhutang. Dan bank tak beri hutang kepada orang miskin.

Tak salah pun nak jadi kaya. Baguslah nak jadi kaya. Hanya orang kaya yang bayar zakat. Kalau yang kaya ni orang bukan Islam, siapa pula nak bersedekah untuk buat masjid? Apa yang perlu kita tahu ialah menguruskan emosi tamak tadi.

Ramai pihak yang pandai memanipulasi emosi tamak kita. Jadi mereka pun menunjukkan simbol-simbol kemewahan. Kereta mewah, percutian di luar negara dan juga hasil keuntungan pelaburan yang lepas.

Pandanglah… lihatlah… tiru macam saya – Saloma.

Apabila emosi sudah menguasai diri, sampai kita melupakan mak tiri dalam pelaburan – Mak Ris. Atau nama penuhnya; risiko.

Semua pelaburan ada risiko. Pelaburan yang berpotensi dapat untung paling tinggi sudah tentu mempunyai risiko paling besar. Saham bukan pelaburan yang paling berisiko. Pelaburan yang paling berisiko melibatkan derivatif.

Derivatif itu apa? Produk futures seperti FCPO & FKLI, dan juga warrants, options, CFD, forex. 

Public kebiasaannya cuma nak profit. Maka tugas licensed individual yang beritahu, tunjukkan, ajar pasal risiko yang mereka ambil. Kemudian terpulanglah jika mereka masih nak terus melabur dekat situ. 

Ya, mereka tak peduli sangat pun sama ada itu derivatif, saham / ekuiti, REIT, sukuk, money market dan sebagainya. Itu semua adalah bahasa makhluk asing. Bahasa yang ramai faham ialah ringgit dan sen. 

Maka di situlah ada pihak yang ambil kesempatan. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Demand di laut, supply di darat. Dalam open market bertemu jua.

Kesimpulannya, jangan jadi macam anjing dengan bayang-bayang.

Manakala, orang yang dikuasai oleh fear pula selalunya langsung tidak melabur. Ya, sangat berlawanan dengan mereka yang dikuasai oleh greed. Jadi mereka cuma menyimpan sahaja.

Persoalannya, sejauh mana duit kita selamat hanya dengan menyimpan? Zahirnya nampak duit tu selamat. Hakikatnya kuasa membeli semakin berkurangan. 

Rumah yang sama, rumah teres dua tingkat 20 x 70 berapa harganya 10 tahun lepas? Yang dah lama beli rumah memang kelihatan “net worth” jadi besar. Hakikatnya bukan sebab pandai melabur, tetapi faktor inflasi yang menjadi penyebab harga rumah kita naik.

Sophisticated investor, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia antaranya ialah individu yang ada harta paling kurang 3 juta ringgit dan tidak termasuk nilai rumah yang diduduki. Jika pendapatan kasar setahun kita kurang dari 300 ribu ringgit setahun, kita tak mampu bersara dengan duit yang cukup di tangan jika hanya menyimpan dan langsung tidak melabur.

Jadi, untuk mengawal emosi tamak dan takut ini perlu kepada perancangan pelaburan. Dalam perancangan pelaburan, ada pengiraan investable asset. Tak ketinggalan tentang alokasi aset. Berapa banyak yang perlu dilaburkan dalam kenderaan yang laju dan berapa banyak pula perlu dilaburkan dalam kenderaan yang perlahan.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: