Investable asset

Ramai orang nak melabur tapi tak pasti berapakah jumlah modal yang wajar digunakan.

Jika labur sedikit sangat, yang dapat nanti pun sikit.
Jika terlebih guna modal, sekali rugi terus pening kepala.

Maka melaburlah dengan investable asset.

Investable asset ialah duit yang boleh dilaburkan. Atau dalam bahasa yang lebih mudahnya duit lebih. Tapi bukan duit lebih yang biasa-biasa. Ada kriterianya.

Plan yang mudah, ikut pesanan Charlie Munger. Simpan duit secepat mungkin sampai ada 100 ribu. Maka itulah modal pelaburan yang asas.

The first $100,000 is a bitch, but you gotta do it. I don’t care what you have to do—if it means walking everywhere and not eating anything that wasn’t purchased with a coupon, find a way to get your hands on $100,000. After that, you can ease off the gas a little bit.

Malah rakan kongsi beliau, Warren Buffett pula mula melabur secara serius lepas dah ada simpanan sebanyak 174 ribu. Manakala belanja setahun cuma 12 ribu sahaja.

Dapat tak idea investable asset tu?

Melabur bukan untuk nak cover duit tak cukup tiap bulan. Itu salah. Penyelesaian sepatutnya ialah cari gaji yang kedua atau buat bisnes part time. Cara lain ialah potong perbelanjaan.

Tak cukup duit tiap bulan, cari individu berlesen yang dapat bantu untuk urus cashflow dan bina savings secukupnya. Itu fokus utama mereka yang ada situasi cashflow.

Dah cukup investable asset barulah melabur. Pilih cara untuk melabur secara do-it-yourself (DIY) atau dapatkan khidmat pengurusan pelaburan (investment management).

Contoh macam Warren Buffett tadi. Investable asset beliau bukan 174 ribu. Itu savings. Tetapi cuma 162 ribu. Tapi ini cerita tahun 1956. Dan bagi seorang Muslim perlu ambil kira simpanan untuk pergi haji.

Jadi ada dua perkara asas:

  1. Simpanan asas atau tabung kecemasan. Cukupkan hingga 6-7 bulan perbelanjaan.
  2. Jika masih belum pergi haji, simpan 15-25 ribu ringgit dalam Tabung Haji.

Apa yang lebih itulah investable asset. Barulah kita dapat melabur dengan duit lebih. Bila pasaran saham jatuh pun kita masih dapat kekal tenang.

Barulah merasa sikit cara urus pelaburan macam Warren Buffett.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: