Pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dapat dibuat dengan dua cara.
- Pakai duit sendiri
- Pinjam duit bank, juga sering disebut sebagai loan ASB (LASB) atau ASB financing (ASBF).
ASB adalah produk pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Manakala pinjaman / pembiayaan ASB pula ditawarkan oleh bank-bank tertentu.
Ini adalah nota panduan asas jika tuan puan berhasrat nak pinjam duit bank untuk melabur dalam ASB, iaitu pilihan ke (2). Tentang baik dan buruk membuat pembiayaan ASB.
Kita terus ke peringkat permohonan pembiayaan ASB dah lulus. Apa yang berlaku, duit pembiayaan itu terus masuk ke dalam akaun simpanan ASB kita. Dapatlah sijil ASB. Dari situ, inilah yang berlaku.
(1) Kita ada simpanan ASB dan pada masa yang ada hutang dengan bank
- Simpanan ASB jadi harta.
- Hutang loan / financing ASB jadi beban.
Harta – beban = nilai bersih.
Jadi bila buat ASBF, kita ada simpanan ASB, 200 ribu dan pada masa yang sama ada baki hutang pembiayaan ASB, 200 ribu. Maka nilai bersih simpanan ASB kita pada waktu itu akan menjadi kosong.
Kalau macam tu tak berbaloi lah kan?
Sabar dulu.
(2) Dividen jadi besar. Simpan ASB pakai duit sendiri, dividen tak nampak besar. Iyalah, sekalipun sebulan mampu simpan 1 ribu, hujung tahun baru ada 12 ribu dalam akaun. Maka dividen dikira dari baki purata minimum bulanan 12 bulan.
Simpan ASB pakai duit bank i.e. ASB financing; dividen terus jadi besar. Terus kira dividen atas 50 ribu, 100 ribu atau 200 ribu. Berdasarkan jumlah pembiayaan yang dibuat. Walaupun besar, dividen itu ada kos bayar hutang bank. Sebab apa?
- Dividen ASB ialah pendapatan.
- Bayar hutang pembiayaan ASB ialah perbelanjaan.
Pendapatan – perbelanjaan = apa yang tinggal nak buat belanja lain.
Contoh; dividen ASB 14,000 ribu – bayar hutang loan ASB 13,200. Maka apa yang berbaki itulah yang “bersih”.
Saya recap semula.
- ASB 200 ribu (harta)
- ASBF 200 ribu (ni beban hutang yang kena bayar)
Disebabkan ada ASB 200 ribu, terus dividen jadi besar. Tapi disebabkan ada hutang juga 200 ribu, jangan lupa kira kos bayar hutang bank.
(3) Baki hutang bekurang. Makin lama, baki hutang tu jadi makin rendah. Iyalah, sebab dah bayar hutang. Mestilah baki semasa tu berkurang. Maka nilai bersih ASB bertambah dan sampai satu masa hutang pun habis dibayar.
- Dividen 14,000 (jangkaan 7% dividen)
- Setahun bayar hutang ASBF 13,032 (pada kadar 5.1%)
Lepas setahun, tengok baki hutang ASBF ada 197,102. Kenapa baki hutang bukan 187 ribu? Kan tiap-tiap bulan dah bayar dekat 1,100, setahun dah bayar 13 ribu?
Bank kan berniaga. Jadi bank ambik 10,100++ ringgit sebagai profit. Dalam 2,900 ringgit sahaja yang tolak hutang pokok ASBF untuk tahun pertama.
Ini contoh sebahagian “jalan kerja” yang saya kongsi dengan klien yang tanya pasal ASBF.
Dan makin lama, kita akan dapati nilai hutang ASBF itu semakin berkurangan.
(4) Wujud risiko berkaitan pembiayaan masa depan. Sama seperti hutang lain, pembiayaan ASB juga ada risiko kredit seperti Debt Servie Ratio (DSR) yang perlu diambil kira.
(5) Kadar pembiayaan dapat berubah-ubah. Base rate kadarnya tidak tetap. Boleh jadi naik. Boleh jadi turun. Kalau naik kadar bayar balik bertambah. Jika turun, kadar bayar balik berkurang.
(6) Dividen ASB dapat berubah-ubah. Boleh jadi dividen tinggi, boleh jadi dividen rendah. Itu semua bergantung kepada prestasi pelaburan ASB. Apa yang tetap cuma harga jualan / belian ASB sahaja. Dividen + bonus ASB adalah tidak tetap.
Jadi patut atau tak saya buat ASB financing?
Saya tak tahu.
Saya tak tahu gaji dan perbelanjaan tuan puan. Saya juga tidak tahu apa yang harta yang tuan puan ada dan juga hutang banyak mana. Sebelum saya buat investment recommendation, saya perlu kira semua tu terlebih dahulu.
Banyak dokumen bank, investment, insurans / takaful yang saya perlu baca, semak dan susun semula. Selepas tu baru tahu patut atau tak patut seseorang itu buat ASB financing.
Maka secara umumnya, ada 2 perkara:
(i) Buat pembiayaan ikut kemampuan bayar balik. Tanda jumlah pembiayaan di luar kemampuan adalah apabila rasa terbeban tiap bulan nak buat bayar bulan-bulan dan mesti mengharapkan dividen + bonus ASB yang tinggi untuk membayarnya.
Ukur poket di badan sendiri.
(ii) Buat pembiayaan untuk penuhi matlamat kewangan jangka masa panjang dengan laburkan semula dividen. Ini membolehkan dividen + bonus yang diterima dilaburkan semula dan seterusnya mendapat untung yang lebih optima.
Pihak ASNB pun dah berpesan dalam tweet ni:
Selamat melabur!