Soal Jawab Kelas Online
Terima kasih kerana telah menonton video-video yang disediakan. Sekiranya ada aspek yang perlu pihak saya terangkan dengan lebih lanjut, tuan puan dapat bertanyakan di sini.
Video
- Islamic trading account, trading account dan chart saham
- Tukar fund lepas dah melabur dalam unit trust
- Bagaimana nak engage seorang financial planner?
- Pakdi boleh buatkan untung lebih dari ASB?
- Mazhab pelaburan saham
- Status saham berubah jadi tak patuh Shariah
- Beli saham kena interest?
- Kekerapan nak monitor portfolio
- Capital gain tax saham
- Beli saham guna screener
Umum
Rujuk video 1 – Menjana Pendapatan Kedua Untuk Masa Hadapan. Saya mencadangkan pelaburan long term itu dinamakan sebagai tabung persaraan. Satu portfolio. Dan tempoh kita nak bersara adalah berbeza dengan satu dengan yang lain.
Dan ini tidak bermaksud kita cuma beli 1 pelaburan, dan hold sampai mati. Tak. Walaupun boleh nak buat macam tu, tapi itu bukan saranannya.
Portfolio itu yang long term, tapi pelaburan dalam portfolio tu boleh jadi short term, medium term, long term bergantung kepada cara kita memilih, menilai sesuatu pelaburan dan strategi kita melabur.
Unit Trust
Pelaburan mesti dibuat dengan duit lebih. Termasuklah pelaburan dalam unit trust. Prinsip ini terpakai untuk semua orang termasuk seorang pelajar.
Sila rujuk video 11 – Cara kira duit lebih untuk melabur, serta nota di blog bertajuk Mahasiswa Dan Pelaburan
CDS / Trading Account
Tidak ada.
Selain saham, akaun CDS membolehkan kita beli exchange traded bond & sukuk (ETBS), exchange traded fund (ETF), real estate investment trust (REIT) dan juga warrant.
Tidak ada. Dan lepas 36 bulan tak ada sebarang aktiviti, akaun tu jadi dormant.
Exchange Traded Fund (ETF)
Bila harga saham yang menjadi underlying asset sesuatu ETF naik / turun, maka nilai ETF pun sepatutnya ikut sama. Dan keunikan ETF ialah ada dua rujukan nilai (1) market price (2) net asset value – NAV.
Maka ada 3 situasi yang dapat terjadi (1) market price sama atau hampir dengan NAV (2) market price lebih tinggi dari NAV (3) market price lebih rendah dari NAV.
Perkara ini dapat terjadi kerana ETF adalah hybrid kepada unit trust dan juga close-end fund. Seterusnya mewujudkan fungsi authorized participants (AP). AP berfungsi dalam proses creation and redemption of unit.
AP terlibat dalam primary market i.e. NAV dan pembeli / penjual ETF terlibat dalam secondary market i.e. market price.
Bila situasi (2) dan (3) berlaku, AP boleh melakukan aktiviti arbitrage untuk menutup gap antara market price – NAV yang berlaku. Ini adalah peluang kepada AP untuk membuat untung secara “percuma”. Walaupun begitu, AP tidak bekewajipan untuk melakukannya setiap kali situasi itu berlaku.
Liquidity dalam secondary market sentiasa ada kerana ETF ialah exchange traded. Apa yang mungkin tak dapat berlaku dengan mudah ialah liquidity dalam primary market i.e. liquidity dalam specific shares yang menjadi underlying asset yang dapat mengganggu proses creation and redemption.
Sebagai pelabur, anda dapat berhubung dengan pengurus ETF dan bertanyakan apa yang mereka dapat lakukan untuk menjadikan market price didagangkan pada harga yang lebih hampir dengan NAV.
Modal yang diperlukan untuk beli ETF adalah sama macam nak beli saham. Contoh kiraan adalah dalam video 33.
Agihan aliran tunai dari ETF tak disebut dividen sebaliknya income distribution. Sila rujuk video 4.
Ada ETF yang membuat income distribution, dan ada ETF yang tidak membuat income distribution. Sila rujuk prospektus, fact sheet setiap ETF sebelum membuat pembelian.
(c) AFIQ Training & Advisory