Mahasiswa Dan Pelaburan

Mana-mana rakyat Malaysia yang sudah berumur 18 tahun dan ke atas sudah boleh melabur sendiri. Dalam apa-apa jenis pelaburan. Tak perlu lagi buka akaun bersama ibu bapa. 18 tahun sudah bukan lagi minor age.

Prinsip Asas Pelaburan

Pelaburan perlu dibuat dengan duit lebih. Noktah.

Selagi belum ada duit lebih maka keutamaannya adalah aktiviti menyimpan. Bukan aktiviti pelaburan.

Walaupun begitu, akan timbul isu – antara ayam dan telur ayam, apa yang wujud dulu?

Nak tunggu ada duit baru melabur atau melabur je dulu sampai cukup duit?

Belajar Melabur

Nak belajar melabur ada dua cara.

  1. Dalam kelas
  2. Dunia sebenar – real money, real profit, real loss.

Bila seseorang itu belajar dalam kelas, secara formal di universiti maka itu tandanya mahasiwa / mahasiswi itu tadi mengambil jurusan yang berkaitan dengan finance.

Walaupun begitu, pelaburan sebenar adalah berbeza kerana melibatkan faktor emosi. Inilah punca yang menjadikan ramai kecundang.

Justeru, bagi seorang pelajar, keutamaannya adalah habiskan belajar. Duit yang ada itu digunakan untuk tujuan berkaitan pembelajaran. Beli buku teks, buat projek dan apa-apa perbelanjaan supaya dapat habis belajar.

Jika masih ada lebihan barulah boleh belajar melabur dengan cara #2.

Objektifnya satu – bukan untuk jadi kaya, tapi nak belajar selok belok pelaburan dengan duit betul. Jadi gunakan modal yang benar-benar tak kisah kalau rugi 100% sekalipun.

Kalau modal tu susut sikit sekalipun dah rasa sedih, maka berhentilah melabur segera. Itu tandanya belum bersedia.

Modal Pelaburan

Modal pula bagaimana?

Untuk pelaburan dalam unit trust, perlu rujuk secara spesifik dalam prospektus. Lazimnya modal permulaan antara 500 – 1000 ringgit.

READ  Dr Mohd Daud Bakar - Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam

Bermodalkan RM 100 pun dah boleh beli saham.

Tapi untuk rasa berbaloi dengan usaha yang dicurahkan untuk membeli saham, saya mencadangkan bermula dengan modal lebih kurang 1 ribu – 3 ribu ringgit.

Sebab bermodalkan RM 100, jika untung 50% sekalipun baru dapat RM 50. Tolak kos sana sini, habis untung semula. Namun, kalau nak bermula juga dengan modal yang lebih rendah dari itu angka yang saya cadangkan itu pun tiada masalah. Apa pun bermula dengan RM 100 pun ok dari tidak bermula langsung.

Kemudian, jangan fikir dengan modal sebanyak RM 3 ribu atau lebih dah boleh jadikan saham sebagai sumber income bulanan. Kalau RM 3 ribu pun tak cukup, jumlah yang lagi kurang sudah tentu tidak cukup juga.

Saham Sebagai Cara Cari Part Time Income

Pelaburan saham bukan tempat yang sesuai untuk tujuan nak dapat pendapatan bulanan. Kalau tak cukup duit, dan mahu ada duit setiap bulan untuk tampung kos pengajian jangan sibuk mahu melabur saham, tapi sila berniaga part time di kampus. Memetik kata-kata abangensem yang saya sangat-sangat bersetuju:

“Korang cuma boleh main saham guna duit yang korang TAK NAK PAKAI”

Ops, saya terdengar soalan tambahan…

Tapi saya masih belajar, saya takde duit, bagaimana ya ?

Takde duit, cari duit dengan berniaga. Kalau tak mahu berniaga, kumpul duit. Simpan duit sikit-sikit. Kalau lapar, cari nasi kan ? Bukannya buka Facebook misalnya dan  tanya soalan mana nak cari nasi.

  • Ada duit, dapat melabur saham.
  • Tiada duit, kumpul duit sampai cukup.

Jangan sesekali meminjam!

Pakai duit sendiri untuk bermula. Bawah ini ada nota macam mana Warren Buffett berusaha cari duit untuk kumpul modal melabur saham.

READ  Simpan atau labur?

Baca: Warren Buffett 10 Fakta Menarik

Baca: Mudahnya Membuka Trading Account Saham, Anak Muda Ini Berkongsi Pengalaman