Anda mungkin telah membuat kesilapan-kesilapan ini masa beli saham

Pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah salah satu pelaburan yang sah di Malaysia. Ramai orang berminat untuk melabur saham. Lebih-lebih lagi bila kawan beritahu yang dia baru sahaja membuat keuntungan besar dalam pasaran saham.

“Lebih untung dari ASB dan TH,” ujar kawan tersebut.

Dalam pasaran saham, semua orang senang buat duit dalam pasaran bull market. Manakala, ketika pasaran bear market, kawan yang sering tayang screenshot untung di media sosial pun dah tidak update apa-apa pasal saham lagi.

Berikut ialah kesilapan-kesilapan yang dapat berlaku semasa melabur saham.

(1) Beli saham yang tengah popular. Hari ni banyak group sembang pelaburan di media sosial. Akses pun mudah, hanya melalui telefon. Sudah tentu ada saham-saham yang dikompang dalam group tersebut dari masa ke masa.

Sepatutnya kita beli saham yang harganya berada bawah intrinsic value. Selalunya saham begini memang bukan saham yang paling popular pada ketika itu. Jika kebetulan tengah popular tidak mengapa. Apa yang lebih penting ialah beli saham bawah nilai.

Beli saham bawah nilai ini dikenali sebagai value investing – beli saham 1 ringgit pada harga 50 sen.

(2) Jual sebab harga saham jatuh. Sepatutnya jual bila harga lebih dari intrinsic value. Atau, bila fundamental sesuatu bisnes telah berubah.

Saham merupakan ownership claim dalam perniagaan. Underlying saham adalah perniagaan. Harga saham berubah-ubah setiap hari. Nilai perniagaan tidak berubah dengan kerap.

Jadi, bila harga saham jatuh, nilai perniagaan tak semestinya ikut jatuh sekali. Kendatipun begitu, bila nilai perniagaan jatuh, confirm harga saham pun ikut jatuh sekali.

(3) All-in satu saham sahaja. Tugas utama pelabur ialah kawal risiko terlebih dahulu. Antara cara kawal risiko adalah dengan membuat portfolio saham – mempunyai saham dari pelbagai sektor – dan bukannya mengambil risiko membabi buta dengan beli satu saham sahaja dengan semua modal.

Pelabur baru cenderung fokus nak cari satu saham yang pagi ini beli, petang nanti dah untung besar. Ini adalah cara paling mudah nak hilang duit.

Sebaliknya pelabur bijak akan mengakui tak wujud strategi holy grail – strategi yang sentiasa buat untung – jadi lebih baik mempelbagaikan jenis saham dalam portfolio.

(4) Tak ada holding power. Ramai yang melabur sebab nak duit lebih. Sebab tak cukup duit hujung bulan. Sepatutnya tuan puan melabur saham dengan duit lebih. Supaya modal tadi dapat berkembang untuk jangka masa yang panjang.

Untung jangka masa pendek, saham akan sentiasa turun naik. Jika berada dalam bear market – pasaran tengah merudum teruk – harga saham boleh jatuh untuk satu jangka waktu yang panjang.

Holding power membolehkan tuan puan stay invested – tak perlu jual saham yang ada – dan pada masa yang dapat terus membeli syarikat-syarikat yang bagus pada harga yang lebih rendah dari intrinsic value.

(5) Tak ada game plan. Cuma ikut orang lain – kawan-kawan dan strangers di media sosial. Orang beli kita beli. Tapi bila orang tu jual kita tak tahu.

Saham memang boleh buat duit. Tetapi tidaklah semudah claim boleh dapat 2% – 3% setiap minggu. Kalau begitu mudah buat duit dengan saham, sudah tentu ramai yang dah berhenti kerja dan jalan pun pasti takde trafik jam dah.

Maka kena buat stock research. Kena ada holding power. Kena buat stock allocation. Tahu apa target untung yang realistik. Paling penting kawal emosi.

Pasaran saham pasti merudum. Siapa claim dia hari-hari dapat buat duit dengan saham maka dia menipu. Siapa percaya claim macam tu, dia tengah tamak.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: