Prestasi Pelaburan 2021

Tahun 2021 adalah kurang memberangsangkan untuk pasaran tempatan. Baca sini untuk baca tentang prestasi pelaburan 2020.

2020 ialah tahun pandemik.
2021 ialah tahun vaksinasi.

Pasaran US dan pasaran global menunjukkan tindak balas yang baik. Walaupun begitu, suasana yang sama tidak berlaku di Malaysia. Empat faktor dapat dikenal pasti yang menjadi penyumbang:

1. Perintah kawalan pergerakan penuh yang dibuat sekali apabila berlaku gelombang kenaikan kes Covid19. Bila orang tidak boleh bergerak, maka ekonomi pun tidak bergerak.

2. Pertukaran kerajaan Tan Sri Muhyidin Yasin kepada kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri. Masih tidak wujud kerajaan yang stabil.

3. Belanjawan 2022 yang mengejutkan.

4. Kewujudan varian omicron yang menggusarkan. Sudah tentu ramai tertanya adakah sekatan pergerakan akan berlaku lagi.

Penghujung tahun 2021 disudahi dengan pilihanraya negeri Melaka, Sarawak dan banjir besar, terburuk sejak 1971. Dan awal tahun 2022 dimulakan dengan satu lagi pilihanraya negeri, iaitu Johor.

Memandangkan negara lain pun ada varian omicron, dan melaksanakan program vaksinasi mereka sendiri tetapi prestasi pelaburan adalah lebih baik berbanding Malaysia. Maka sudah tentu faktor tempatan adalah punca utama kepada prestasi buruk pasaran pada 2021.

May the profit be with you.


Seterusnya, baca:

Langgan Nota Pakdi menerusi emel:

Suzardi Maulan (Pakdi)

Pakdi merupakan seorang perancangan kewangan berlesen dan menguruskan portfolio pelaburan untuk individu.