Portfolio pertumbuhan berpotensi bagi lebih untung

Majoriti orang Islam dan Bumiputera mempunyai sejumlah simpanan dalam Tabung Haji (TH) dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB). Berdasarkan laporan tahunan TH 2019, jumlah keseluruhan simpanan ialah sebanyak 69.4 bilion dengan jumlah pendeposit seramai 8.75 juta orang. Manakala, berdasarkan laporan tahunan ASB 2020, jumlah keseluruhan simpanan ialah sebanyak 173.8 bilion dengan jumlah pendeposit seramai 10.19 juta orang.

Disebabkan itu, pengumuman agihan pendapatan TH dan ASB adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang di Malaysia. Jadi bila ‘hibah’ TH dan ‘dividen ASB’ rendah, maka kecoh satu negara.

Ini ialah rekod agihan pendapatan Tabung Haji sejak 5 tahun lepas adalah seperti berikut. Ini adalah berdasarkan laporan tahunan 2019. Dan pada 2020, agihan pendapatan ialah sebanyak 3.10%

Ini pula merupakan rekod ASB:

Trend penurunan agihan pendapatan bagi dua tabung terbesar ini menyebabkan ramai orang bertanyakan soalan tentang apakah lagi tempat pelaburan lain yang ada? Ini kerana keduanya pernah memberikan keuntungan sehingga 10% kepada pelabur mereka. Soalan tersiratnya adalah sudah tentu adakah pelaburan lain itu tadi dapat beri untung lagi tinggi dari TH dan ASB.

Pelaburan selain TH dan ASB ada banyak. Amanah saham sahaja mempunyai lebih 700. Saham pula lebih dari 900. Dan pilihan yang patuh Shariah juga banyak. Dua pilihan ini sahaja adalah lebih dari cukup. Maka nak jawab soalan ini adalah mudah.

Pelaburan yang dapat beri lebih untung dari TH dan ASB pula jawapannya tidak straight forward. Ada tahun pelaburan itu dapat beri lebih dari TH dan ASB. Ada tahun pelaburan itu tidak dapat beri lebih dari TH dan ASB. Kenapa jadi sebegitu?

Secara umumnya ada dua jenis portfolio pelaburan. (1) Pendapatan (income) (2) Pertumbuhan (growth). Apabila pelabur mempunya hasrat untuk memperoleh lebih untung, maka dia perlu melabur dalam portfolio pertumbuhan. TH dan ASB adalah portfolio jenis pendapatan.

Ini merupakan strategic asset allocation TH. Majoriti adalah dalam pelaburan fixed income (58%) dan hartanah (11%) dan money market (5%). Tiga jenis aset ini adalah aset yang memberikan pendapatan seperti kupon dan sewa. Bakinya sahaja yang bersifat pertumbuhan.

Asset allocation ASB pula, walaupun kira-kira 80% dilaburkan dalam pasaran saham tetapi harganya adalah tetap. Jadi, pelabur hanya berpeluang mendapat agihan pendapatan sahaja. Maka jadilah ASB satu portfolio jenis pendapatan.

Untuk portfolio pendapatan, pelabur tidak perlu risau melihat turun naik nilai portfolio. Sebab itulah portfolio pendapatan dianggap berisiko rendah dari sudut risiko pasaran (market risk).

Berbeza dengan portfolio pertumbuhan, pelabur perlu bersedia melihat turun naik nilai portfolio. Contohnya seperti berikut:

Ada tahun pertumbuhannya lebih dari pendapatan TH dan ASB. Ada tahun yang lain pula pertumbuhannya kurang dari pendapatan TH dan ASB. Compounding annualized growth rate (CAGR) bagi portfolio ini ialah 9.92%. Pulangan ini adalah lebih tinggi dari TH dan ASB.

Kejatuhan harga (drawdown) pula sebanyak 16%. “Loss” sebanyak ini tidak berlaku dengan TH dan ASB. Malah, ada portfolio pertumbuhan lain yang mencatatkan drawdown sehingga lebih 30%. Potensi drawdown seperti inilah yang perlu diketahui oleh pelabur. Ini kerana keuntungan pelaburan tidak berlaku dalam garis lurus. Portfolio pelaburan kita pasti naik dan turun.

Pelabur sepatutnya menguruskan aset yang ada sebagai satu portfolio yang besar. Ini kerana portfolio pendapatan dan portfolio pertumbuhan adalah saling lengkap melengkapi. Selepas itu, buatlah asset allocation yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan yang mahu dicapai.

Spread the risk. Adalah menjadi satu kebaikan buat pelabur supaya tidak melabur hanya tertumpu di satu tempat sahaja. Melaburlah di beberapa tempat sekaligus. Sama ada TH / ASB tengah bagi return tinggi atau return tak berapa tinggi.

Bukannya tunggu agihan pendapatan rendah barulah nak cari tempat yang lain. Itu adalah satu strategi pelaburan yang tidak tepat. Jadi, bila satu pelaburan rugi, atau tak berapa untung, maka kita masih ada pelaburan lain yang lebih untung.

Spread the risk inilah amalan seorang pelabur yang baik dan diamalkan oleh pelabur billionaire seperti Warren Buffett.

Antara pelaburan yang bermotifkan pertumbuhan yang dapat bermula dengan modal rendah ialah dana-dana ASNB jenis harga berubah dan juga pelaburan menerusi robo-advisor seperti Wahed Invest.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: