Peraturan 10% dapat bawa kita menuju financial freedom

Financial freedom.
Kebebasan kewangan.

Tidak ada definisi rasmi tentang ini. Financial freedom ialah satu proses. Konsep.

Saya menggunakan konsep seperti ini. Sekiranya saya berhenti kerja hari ini, berapa lama saya dapat bertahan dengan gaya hidup sedia ada, 1 bulan? 3 bulan? 6 bulan? 12 bulan? 24 bulan?

Maka, sekiranya ada savings yang mencukupi untuk 12 bulan, maka tahap financial freedom saya ialah 12 bulan. Jadi, kalau saya berhasrat nak ada savings sebanyak 120 bulan, maka saya masih perlu bekerja keras. Sebab saya masih belum capai tahap freedom yang saya tetapkan sendiri.

Apa pun maksud financial freedom yang kalian pegang, untuk mencapainya maka perlu kembali kepada peraturan perancangan yang paling asas. Peraturan 10 peratus.

Simpan paling kurang 10 peratus dari setiap sen pendapatan yang kita terima. Gaji, elaun, bonus dan seterusnya. Ya, dengan simpan 10 peratus setiap bulan dari pendapatan, kita akan ada asas kewangan yang kukuh untuk capai financial freedom.

Masalahnya cuma satu.

Lambat.

Bukan hari ni simpan, esok dah jadi jutawan. Dan tips kewangan yang macam itu yang orang ramai cari. Dan jika masih ada impian nak kaya cepat dan mahu skip langkah asas ni, maka kebarangkalian nak kena jerat scam tu memang tinggi.

Peraturan 10 peratus perlu kepada disiplin. It is not sexy. Orang lain cerita pasal pelaburan emas, CFD, saham, crude oil, dan kita cuma cerita tiap bulan simpan duit masuk dalam savings account, money market fund atau ASB.

Objektif kita simpan 10 peratus sebulan ni supaya kita ada basic savings atau tabung kecemasan (emergency fund). Selepas itu kita dapat memulakan langkah seterusnya, iaitu melabur dengan lebih fokus.

6 bulan gaji. Itulah sasaran jumlah tabung kecemasan yang perlu ada. Misalnya gaji 3 ribu sebulan. Darab 6. Maka jumlahnya 18 ribu.

  • 10% x 3,000 = 300
  • 300 x 12 = 3,600
  • 3,600 x 5 = 18,000

Maka sasaran tabung kecemasan dapat dicapai dalam tempoh 60 bulan (5 tahun). Walaupun cuma simpan dalam akaun bank biasa yang tak bagi apa-apa pulangan.

Kiraan itu sekiranya kita simpan 10 peratus. Sekiranya kita mampu simpan 15%, 20% dan 25% pula bagaimana? Maka sasaran 18,000 ringgit itu dapat dicapai dalam tempoh berikut:

  • 15% = 40 bulan
  • 20% = 30 bulan
  • 25% = 24 bulan

Bagaimana pula jika kita faktorkan pulangan dalam kiraan? Ini pula kalau kita simpan 10 peratus dalam akaun yang bagi pulangan 3% – 5%.

  • 3% = 19,686.28
  • 4% = 20,278.71
  • 5% = 20,886.89

Sudah tentu kalau dapat simpan lagi banyak, lagi tinggi jumlah yang diperoleh. Jadi kalau nak cepat penuhkan tabung kecemasan, maka simpanlah lebih dari 10 peratus dan manfaatkan produk simpanan yang ada bagi return seperti

  • Money market fund (unit trust)
  • Fixed income fund (unit trust)
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Melabur tanpa emergency fund. Boleh atau tidak? Isunya ialah keutamaan. Jika nak melabur tapi tabung kecemasan atau basic savings ini belum cukup, maka usaha untuk simpan lebih dari 10 peratus.

Macam ni.

Simpan 15 peratus. Pecah dua. (1) Simpan 10 peratus untuk cukupkan basic savings. (2) Baki 5 peratus buat modal untuk melabur.

Maksudnya gaji 3 ribu. Simpan untuk basic savings, 300 ringgit. Simpan untuk mula melabur kecil-kecilan, 150 ringgit. Kenapa kita buat begitu, ada bahagian savings, ada bahagian investment?

  • Basic savings: 300 x 12 = 3,600
  • Tabung pelaburan pertama: 150 x 12 = 1,800

Nak simpan lebih dari ini pun boleh.

Selepas setahun dapat mula melabur secara kecil-kecilan sambil membina basic savings. Aktiviti menyimpan ini berbeza dengan aktiviti pelaburan.

Simpanan ni memang kita tak nak rugi. Manakala, bila melabur kita pasti akan merasa rugi. Bila kita dah ada simpanan yang secukupnya, masa melabur hati pasti jadi lebih tenang. Takdelah rugi sikit pun dah bising-bising. Dah nama pun melabur, memang lah ada risiko kerugian.

14 tahun liquidity merujuk kepada apa yang diamalkan oleh Warren Buffett sejak tahun 1956 lagi. Perbelanjaan beliau ialah 12,000 setahun dan mempunyai simpanan sebanyak 174,000. Dengan jumlah itu, Warren Buffett mampu untuk retire. Beliau mampu kerana sudah mempunyai simpanan yang mencukupi lebih dari 168 bulan.

Ya, 168 bulan.

Konsep retirement beliau bukanlah mempunyai rumah di tepi pantai dan main gitar sepanjang hari. Sejak mencapai financial freedom, beliau tidak perlu lagi bekerja untuk gaji atau kejar sales. Buffett mempunyai freedom untuk membuat pelaburan sepenuh masa. Sama ada membeli sebahagian saham syarikat yang disenaraikan di pasaran saham atau membeli 100% saham syarikat yang tidak tersenarai.

Dengan mempunyai liquidity sebanyak itu, maka tidak hairan beliau dapat kekal tenang melihat pelaburannya mengalami susut nilai sebanyak 50%.

Unless you can watch your stock holding decline by 50% without becoming panic-stricken, you should not be in the stock market.

Warren Buffett


Baca Nota Pakdi menerusi emel: