Pelaburan Saya di Wahed Invest Selepas 1 Tahun

Seperti yang dijanjikan dalam nota Melabur Dengan Robo-Advisors Di Malaysia (Macam Wahed Invest), maka ini lah prestasi pelaburan yang saya dapat.

Saya memilih portfolio very aggresive.

Saya melakukan dua kali (2x) deposit sahaja.

Portfolio saya sekarang mempunyai aset allocation berikut:

  1. 65.14% dalam pasaran saham US melalui ETF.
  2. 19.85% dalam pasaran saham Malaysia melalui ETF.
  3. 12.40% dalam fixed income melalui unit trust.
  4. 2.62% dalam tunai.

Oleh kerana lebih 60% adalah dalam pasaran saham US, dan pada tahun 2020 pasaran saham US terus mencatat kenaikan tertinggi maka portfolio ini pun mendapat manfaat yang sama.

Antara syarikat utama yang menjadi pegangan ETF yang dibeli oleh Wahed ialah:

Apple Inc
Tesla
Johnson & Johnson
Procter & Gamble
Home Depot

Saham Tesla sahaja naik 695% pada tahun 2020. Maka, kenaikan pelaburan Wahed Invest adalah dijangka selaras dengan prestasi ekuiti pasaran saham US.

ETF untuk pasaran saham Malaysia juga mencatat kenaikan 27.16%

Inilah yang saya dapat apabila hampir 85% portfolio pelaburan Wahed Invest adalah dalam pasaran saham. Justeru, sekiranya berlaku kejatuhan pasaran saham, maka portfolio saya pasti mendapat impak negatif yang paling besar juga.

Maka, jika berminat nak melabur dalam Wahed Invest, sila download di sini menggunakan telefon pintar masing-masing:

Lepas tu isi kod referral : suzmau1

Pastikan kalian menjawab soalan risk profiling dengan jujur, supaya mendapat portfolio yang sesuai dengan diri sendiri.


Belajar urus wang dan melabur - Ebook + video Berani Labur @ Lebur.

Suzardi Maulan, IFP

Pakdi.net merupakan blog peribadi saya tentang topik kewangan dalam Bahasa Melayu. Saya membantu individu melabur dan menguruskan pelaburan mereka. Selanjutnya baca di sini

1 comment

Comments are closed.