Pelaburan Indeks Saham; Gaya Melabur Tanpa Stock Picking Skills

Ada banyak cara nak melabur saham.

Pelaburan saham berasaskan momentum, opportunity, blue chip, IPO dan lain-lain. Dan majoriti dari cara pelaburan tersebut adalah active investing.

Pelaburan indeks (index investing) pula merupakan kaedah passive investing yang lebih kos efektif, khususnya bagi pelabur-pelabur yang mempunyai modal yang kecil.

Active Investing
Berasaskan kemahiran. Macam momentum adalah pendekatan yang cuba untuk time the market berdasarkan pergerakan harga saham. Value investing pula adalah berdasarkan perbezaan harga dan nilai yang wujud dalam pasaran. Dan macam-macam lagi.

Passive Investing
Kemahiran stock picking yang diperlukan adalah sangat rendah atau tiada langsung. Tidak berhasrat untuk outperform the market. Bersyukur dengan apa yang pasaran dapat bagi (market return).

Ada dua cara untuk melakukannya.

Satu menggunakan unit trust. Cari jenis index fund.

Dua menggunakan “unit trust” di Bursa Malaysia. Namanya Exchange Traded Fund (ETF).

Maka apabila disebut pasal index investing, maka itulah cara yang praktikal untuk melaksanakannya.

Kenapa Pelaburan Indeks?

Kita belajar kemahiran pilih saham (stock picking skills) sebab nak dapat untung besar. Malangnya, untung tak datang. Penanda aras (benchmark) yang digunakan dapat bagi return yang lebih tinggi.

Jadi benda boleh beli saham sambil tutup mata i.e. tak perlu buat kajian saham, kenapa susah-susah beli saham sambil buka mata? Untung pun lebih tinggi.

Itulah premis asas pelaburan indeks.

Seterusnya, kos pengurusan (management fee) sepatutnya adalah lebih rendah kerana ia mengamalkan passive investing. Justeru, meneliti kos-kos yang terlibat adalah amat penting.

Sesuai Untuk Pelabur Bermodal Kecil

Dalam active investing, portfolio construction hanya dapat dibuat dengan baik dengan modal yang lebih tinggi. Jika modal kecil, maka tempoh yang diperlukan adalah lebih lama.

Oleh kerana passive investing i.e. index investing adalah menggunakan index fund dan ETF maka instant diversification telah pun berlaku. Jadi, portfolio construction dapat dibuat walaupun bermodal kecil.

Membuat Pelaburan Tambahan Secara Tetap

Pelaburan indeks adalah melabur dalam broad of stocks berdasarkan indeks yang digunakan. Tidak perlu timing.

Justeru, pelabur dapat membuat penambahan pelaburan berdasarkan perancangan pelaburan (investmen plan) yang telah disediakan sebelum mula melabur.

Tak seperti active investing yang perlu peka dengan banyak benda untuk merebut peluang yang muncul, pelaburan indeks dapat dibuat dengan cara goyang kaki. Sampai masa, tambah sahaja pelaburan.

Sejarah Kegilaan Indeks Saham Malaysia

Pelaburan indeks tak terlepas dari market volatility. Simple. Ringkas. Tapi tak bermaksud tak volatile.

Pada 10 Mac 2008, indeks Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) jatuh merudum 130 mata. Sebab Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti kerusi Dewan Rakyat.

Kalau logik yang sama diguna pakai – BN semakin lemah, maka pada 2013, selepas kekurangan lagi 7 kerusi Parlimen patutnya jatuh juga. Tetapi KLCI melonjak naik pula.

Itu contoh volatility yang wujud.

Malah, pertukaran kerajaan yang berlaku di Malaysia pertama kali dalam sejarah juga menyaksikan pelaburan indeks adalah sangat berkait rapat dengan politik.

Pelaburan Jangka Masa Panjang

Kalau ikut rekod lepas, sejak 1977, siapa yang beli indeks saham Bursa Malaysia, maka setiap RM 1 maka pada 2017 nilainya sudah jadi sekurang-kurangnya RM 14.5.

Manakala, kos belanja RM 1 pada 1977 pula menjadi RM 2.21 pada 2017. Itu dengan nilai inflasi 2% setahun.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: